Osama Hidup Selesa di Pakistan ?

Osama bin Laden  
Osama bin Laden

 
Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden dilaporkan kini hidup selesa di sebuah rumah di timur laut Pakistan, berhampiran rumah timbalannya, Ayman al-Zawahiri, menurut rangkaian televisyen Amerika Syarikat, CNN yang memetik seorang pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebagai berkata.

Militan kelahiran Arab Saudi itu dikehendaki bagi serangan 11 September (9/11) di Amerika Syarikat sembilan tahun lalu, dilindungi oleh penduduk tempatan dan ‘beberapa anggota perisik Pakistan,’ kata CNN. 

Ia juga menyatakan orang nombor dua al-Qaeda, Zawahiri kelahiran Mesir, adalah jirannya.


“Tiada siapa dalam al-Qaeda hidup dalam gua,” kata pegawai kanan NATO itu yang enggan dinamakan.

“Pegawai berkenaan juga mengesahkan penilaian Amerika Syarikat bahawa Mullah Omar, pemimpin Taliban, kerap berpindah antara bandaraya Quetta dan Karachi di Pakistan sejak beberapa bulan lalu,” lapor laman web CNN itu.

Ia menyatakan pegawai NATO berkenaan tidak boleh dinamakan ‘kerana sensitiviti perkara perisikan yang terbabit’.

Kawasan berbukit di rantau sekitar Waziristan Utara, yang bersempadan dengan Afghanistan, dipercayai menjadi kubu militan Afghanistan, Pakistan dan Arab, dan sudah lama dianggap sebagai tempat persembunyian Osama. 

Pihak berkuasa Pakistan menafikan mereka melindungi perancang utama keganasan itu, yang diburu dengan tawaran hadiah AS$25 juta (RM80 juta).

Osama dikatakan melarikan diri ke tempat selamat dari kawasan Tora Bora di Afghanistan, iaitu salah sebuah kawasan penempatan Taliban ketika serangan diketuai Amerika pada penghujung 2001, yang menggulingkan rejim berkenaan.

Penggulingan itu dilancarkan bagi menghukum Taliban kerana membenarkan al-Qaeda melatih dan merancang serangan 9/11 di New York dan Washington yang membunuh kira-kira 3,000 orang.

Anggota militan berkenaan kemudian berkumpul semula bagi melancarkan pemberontakan yang diperangi oleh lebih 150,000 anggota Amerika dan NATO.

Dalam temu bual awal bulan ini, Panglima Mike Mullen, pengerusi Angkatan Bersenjata Bersama Amerika, menjangka Osama dan Zawahiri – yang juga mempunyai tawaran hadiah AS$25 juta – akan berjaya diberkas.

Comments

  1. banyak sangat spekulasi ttg Osama,tak tahu mana satu nak percaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thant's why cik tie..tak tau mana satu yang betul ...

      Delete
  2. aikkk Osama masih alive? x habis2 negara barat ne ngan konspirasi anti-Islam mereka tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Fae..sebenarnya banyak konspirasi mengenai kematian Osama...

      Delete
  3. Replies
    1. Tak sure Ena, tapi cara kematian Osama sebenarnya banyak di pertikaikan.macam ada yang tak kena!!

      Delete
  4. Boss kena rehat secukup kan...baru boleh berfikir kot..hehehehehe
    Anak buah duduk gua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. He..he..Osama kan bijak..mesti banyak strategy ni!!!

      Delete
  5. oh hidup lg rupanye ye..ingtkn dh mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau nak percaya ke tidak cik tom..tapi banyak teori di sebalik kematian Osama ni..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat