Pendakap gigi murah jadi penyebab kanser usus
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli pendakap gigi
menerusi internet yang dijual murah kerana banyak produk seumpama itu
tidak diiktiraf pakar pergigian kerana mengandungi plumbum yang boleh
menjadi punca penyakit kanser usus.
Peringatan itu dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow
Tiong Lai hasil kajian awal kementerian terhadap kegiatan penjualan
pendakap gigi di pasaran dalam talian.
Menurutnya, pendakap gigi semakin popular terutama dalam kalangan
remaja bukan kerana fungsi mencantikkan gigi tetapi lebih kepada trend
atau fesyen semasa.
"Kalau mahu mencantikkan gigi, orang ramai perlu mendapatkan nasihat
doktor dan menggunakan pendakap gigi yang diiktiraf oleh pakar
pergigian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Aktiviti
Warga Emas Bentong semalam.
Tiong Lai juga berkata, kerajaan boleh menyekat atau mengawal
penjualan pendakap gigi namun tidak boleh mengawal pembelian menerusi
internet.
Angkasawan Negara yang juga doktor gigi, Mejar Dr. Faiz Khaleed
ketika dihubungi semalam menganggap amalan memakai pendakap gigi yang
dibeli melalui internet berbahaya dan merugikan diri sendiri.
"Pendakap gigi berkualiti diperbuat daripada keluli tahan karat
manakala peralatan sama yang dijual di internet tidak diketahui asal
usulnya," kata beliau.
Walaupun kos memasang set pendakap gigi di klinik boleh melebihi
RM4,000, harga bagi set yang mempunyai pelbagai corak di internet hanya
RM150 hingga RM170 sepasang.
hari tuh saya beru pergi klinik ingat nak wat pendakap gigi laaa. then doktor kata tak payah. huhuhu. ada plak doktor kata cam tuh kan?? huhuhu
ReplyDeletesame macam kontek lens la jugak , merosakan mate jerr ...
ReplyDelete