Ratusan ribu berhimpun di Bandar Gaza
REUTERS
RATUSAN penyokong pergerakan Fatah berhimpun di Bandar Gaza semalam.
RATUSAN penyokong pergerakan Fatah berhimpun di Bandar Gaza semalam.
BANDAR GAZA - Ratusan ribu penyokong Presiden Palestin, Mahmoud Abbas
 telah mengadakan perhimpunan besar-besaran buat kali pertama di sini 
semalam, lapor seorang jurucakap pergerakan Fatah.
Perhimpunan julung-julung kali itu diadakan sejak Hamas merampas kuasa di wilayah itu pada tahun 2007.
Hamas yang sedang merancang untuk bergabung dengan Fatah itu telah memberi kebenaran untuk perhimpunan tersebut.
  
Ia diadakan sebagai kemuncak kepada sambutan ulang tahun ke-48, penubuhan Fatah yang menentang Israel.
Sambutan ulang tahun tersebut telah berlangsung sejak seminggu lalu.
Para peserta perhimpunan itu mengibarkan bendera Palestin dan Fatah 
serta membawa beberapa gambar Abbas, lapor seorang koresponden AFP.
"Peserta-peserta perhimpunan itu merupakan kumpulan yang menyokong 
Abbas yang mentadbir Palestin dan mahu menunjukkan Fatah masih berada di
 barisan hadapan perjuangan," kata seorang pemimpin tempatan Fatah, 
Selim al-Zaraei.
 
 
Comments
Post a Comment