Sacramento: Walaupun belum mencapai tahap sempurna seperti manusia, satu robot yang baru dicipta di sebuah universiti California dilaporkan sangat mirip meniru mimik muka kanak-kanak.
Dinamakan sebagai Diego-San, robot itu mampu membuat pelbagai
ekspresi wajah seperti bayi, termasuk tersenyum, menyeringai dan
berkerut.
Namun, kelebihan Diego-San tidak dapat dinilai sepenuhnya kerana setakat ini cuma bahagian wajah siap dibina.
Dalam klip video dimuat naik di YouTube, Diego-San yang dicipta
menyerupai budak berusia setahun mempamerkan pelbagai emosi, termasuk
gembira, sedih, terkejut, keliru dan marah.
Malah, Diego-San juga boleh menggigit bibir bawahnya seperti aksi kanak-kanak hampir menangis.
Robot itu dicipta sekumpulan pakar dari Institut Kajian Neural Universiti California di San Diego.
Mereka memasang kamera berdefinisi tinggi pada Diego-San bagi
membolehkan robot berkenaan ‘melihat’ semua gerakan dan emosi manusia.
Sejenis bahan dikenali sebagai frubber digunakan bagi menghasilkan kulit
fleksibel Diego-San serta beberapa robot lain yang pernah mereka cipta.
Pakar robotik di universiti berkenaan menggunakan teknologi sains komputer canggih bagi membolehkan robot berkenaan mempelajari pelbagai pengalaman - sama seperti dialami seseorang bayi.
kite bile lagi nk reka robot cenggitu..hehe
ReplyDeleteHmm..lambat lagi kot...he..he..
Deleteeh, senyum pulak robot neh huhuhuhu
ReplyDeleteCute kan sue ...
Deletecanggihhh
ReplyDeleteCanggih gitukan..
Deleteteknologi sekarang ni memang maju.. nanti silap-silap penuh robot tepi jalan
ReplyDeleteBetul tu Lokman..macam dalam filem pulakkan...meet my R1,R2,R3 ..he..he
Delete