Selesema burung:Virus H5N1 senjata biologi ?
Virus baru selesema burung yang dikenali sebagai H5N1 clade
2.3.2 mungkin merupakan senjata biologi dicipta negara asing sehingga
menyebabkan beribu-ribu itik mati di negara itu sejak beberapa bulan
lalu.
“Kami telah mengikuti perkembangan virus ini sejak mula lagi.
"Justeru kita harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana perkembangan
sentara biologi ini cukup pantas,” kata ketua Agensi Perisikan
Kebangsaan (BIN), Leftenen Jeneral Marciano Norman semalam.
Bagaimanapun Indonesia belum lagi menemui sebarang bukti wabak itu merupakan serangan senjata biologi oleh negara asing.
Menteri Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Djoko Suyanto turut bersetuju dengan pandangan Marciano.
“Kami akan terus mengikuti perkembangan virus ini. Kami juga tidak akan
sewenang-wenangnya membuat kesimpulan tanpa sebarang bukti,” tambah
Marciano.
Justeru, pihaknya turut meminta kerjasama agensi berkaitan yang mempunyai kepakaran untuk memeriksa lanjut virus berkenaan.
“Sejak timbulnya dakwaan itu, pihak BIN dengan kerjasama Kementerian
Kesihatan sudah membentuk satu pasukan untuk menyiasat lanjut,” ujar
Djoko.
“Apabila timbulnya perkara ini, kami harus mengambil langkah
berjaga-jaga kerana kemungkinan perkara itu benar tetap ada,” tambahnya.
Kerajaan pusat turut meminta pihak berkuasa supaya berjaga-jaga dengan kemunculan virus baru itu.
Comments
Post a Comment