Tahniah Yuna: 'Terukir Di Bintang' Juara AJL27


Lagu ciptaan penyanyi bertaraf antarabangsa iaitu Yunalis Zarai berjudul Terukir Di Bintang dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-27 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Dengan kemenangan lagu yang dnyanyikan oleh Aizat Amdan itu telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Terukir Dibintang telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Lagu (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan RJ), Patah Seribu (Shila Amzah), Pelangi Senja (Stacy), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari).


Diikuti dengan lagu Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Simetri (Hazama dan Amy Search) dan Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcees).

Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik oleh Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Ku Akui ciptaan sepenuhnya Ajai nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Hafiz turut membawa pulang trofi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Ia adalah kemenangan kali ketiga buat penyanyi kelahiran Sabah itu untuk kategori tersebut.

Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Black dan RJ menerusi lagu Teman Pengganti menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.


Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Persembahan 12 finalis AJL27 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diantaranya Hetty Koes Endang, Yasin, Aubrey Suwito, Edrie Hashim, Helen Yap, Azmeer dan Ad Samad.

Penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Sementara itu, bagi kategori Anugerah 'Juara Mobile' yang pertama kali diperkenalkan tahun lalu bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Ombak Rindu ciptaan sepenuhnya oleh Nurzaidi Rahman yang dinyanyikan Hafiz dan Adira.

Pertandingan bertemakan 'Ekspresi Seni' memaparkan grafik seperti kaleidoskop, pop-up art, doodle art, light trail, typography, papercraft, pencil sketch dan imej 3 Dimensi (3D) yang memberikan impak mendalam pada persembahan.

Acara tersebut dihoskan oleh gandingan dua pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad.

Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor, Ziana Zain, Misha Omar dan Royal FT Force untuk persembahan pembukaan yang hebat dan memukau.

Manakala segmen interlud menampilkan empat lagenda Rock Malaysia iaitu Rahmat (Mega), Aris Ariwatan, Joey (Bumiputera Rockers) dan Ramli Sarip.

Menyampaikan lagu-lagu seperti Bayangan Gurauan, Lamunan Terhenti, Seribu Tahun Takkan Mungkin dan Kamelia, segmen 'Rock Kapak' itu turut menampilkan empat gitaris iaitu, Rodi (Kristal), AG Coco, Edrie Hashim dan Man Kidal.

Comments

  1. Juara Lagu 27 nampak kelainan dan menarik dgn teknologi dlm persembahan. Terukir di bintang pun rasanya layak untuk juara.

    ReplyDelete
  2. Betul tu BM..konsep yang menarik and kreatoif kan..and I like Yuna menang...she deserved that!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat