Warga emas bersenam dalam salji
JILIN, China – Seorang lelaki warga emas yang berusia 77 tahun
sanggup meredah musim sejuk yang melanda China baru-baru ini dengan
hanya memakai seluar pendek untuk bersenam demi kesihatan badannya.
Gao Yinyu yang juga merupakan seorang pesara guru bersenam setiap pagi di sepanjang tebing sungai Shonghuajiang.
Suhu di kawasan Jilin kini mencecah di bawah paras negatif 25 darjah celsius.
Selain bersenam, Gao juga dilihat turun ke dalam sungai Shonghuajiang untuk mandi dan tidak memakai pakaian.
Gao berkata, dia telah bersenam setiap pagi dengan hanya memakai
seluar pendek setiap pagi sejak sedekad lalu selepas bersara. Gao tidak
pernah terlepas walaupun sehari untuk melakukan rutin senamannya itu.
Sejak melakukan rutin tersebut, Gao didapati jarang diserang demam
atau selesema. Pekerja lelaki di China biasanya akan bersara pada usia
60 tahun.
Comments
Post a Comment