Aryanna Rath (kiri) yang layak
digelar wira bergambar bersama ibunya, Jessica Marie Rath (tengah) dan
adiknya, Lylah Huff sebelum tragedi yang meragut nyawa ibu mereka. -
AGENSI
OREGON 22 Feb. - Seorang kanak-kanak perempuan
berusia empat tahun di sini layak dijulang sebagai wira setelah
menyelamatkan nyawa adik perempuannya yang cedera parah akibat
kemalangan kereta yang turut mengorbankan ibunya, di State Highway 401,
selatan Naselle, di sini, pagi kelmarin.
Jurucakap polis, Russ Winger berkata, kereta yang dipandu Jessica
Marie Rath terbabas lalu merempuh sebatang pokok di bahu jalan setelah
wanita berusia 26 tahun itu dipercayai tertidur sewaktu memandu untuk
menjemput suaminya, Keaton Huff di sebuah jeti di Portland.

Tempat Kejadian
Sejurus kemalangan itu berlaku, Aryanna Rath terus bertindak menarik
keluar ibu dan adiknya, Lylah Huff dari kenderaan mereka serta menutup
badan keduanya dengan selimut.
Dia kemudiannya cuba meminta bantuan pengguna jalan raya kerana
lokasi kemalangan itu sedikit tersorok sambil badannya basah terkena
hujan dan bergelut dengan kesejukan dinihari.
Menurut saksi, Kraai McClure dan Scott Beautler, mereka berhenti
untuk memeriksa sebatang pokok rosak dan menemukan wanita yang telah
mati manakala kanak-kanak itu sedang kesejukan kira-kira pukul 8 pagi.
''Aryanna wajar digelar sebagai hero. Kami hanya bertindak selepas
itu sedangkan dia menyelamatkan nyawa adiknya,'' kata Beautler.
Lylah dikejarkan ke hospital Astoria dan menemukan bapanya di situ
sebelum mereka dipindahkan ke sebuah hospital di Portland untuk
mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, bapa Aryanna, Huff berkata, kali terakhir dia
menghubungi isterinya pada tengah malam kejadian bagi memaklumkan lokasi
dia akan mendarat di Portland.
Dua jam selepas itu, isterinya masih tidak menghubunginya
membuatkannya memuat naik status meminta bantuan rakan-rakan Facebook
dan dia dimaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia. - AGENSI
Salam,
ReplyDeleteKesiannyalah budak ni... Pasti dia akan terkenang saat itu seumur hidupnya. Tapi tidakannya sungguh mengagumkan bagi budak sekecil itu.
Betul tu BM..unforgetable moment for a small kid..
ReplyDeleteشركة نقل العفش بالمدينة المنورة
ReplyDeleteارخص شركات نقل العفش بالدمام
شركة غسيل الفلل بالدمام
شركة غسيل كنب بالدمام
نقل العفش بمكة
شركة مكافحة حشرات بالدمام
https://trello.com/jumperads
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل عفش بالخرج