LONDON 19 Feb. - Penulis novel terkenal, Hilary Mantel, menggambarkan Duchess of Cambridge, Katherine Middleton atau Kate sebagai puteri 'buatan mesin' dan 'direka oleh pihak tertentu.'
Penulis buku paling laris Bring up the Bodies yang pernah
memenangi Hadiah Booker itu juga menggelarkan isteri Putera William itu,
sebagai 'patung yang dipamer di kedai' tanpa mempunyai personaliti
tersendiri dan memiliki senyuman plastik.
Mantel membandingkan Kate dengan Permaisuri England pada abad ke-16,
Anne Boleyn, yang merupakan isteri Raja Henry VIII dan mendiang ibu
mertua Kate, Puteri Diana, yang didakwanya lebih memiliki personaliti
tersendiri.
"Kate bertukar menjadi 'patung yang dipakaikan pakaian buruk' kepada
wanita yang hanya 'digunakan' untuk melahirkan pewaris kerajaan
England," kata penulis berusia 60 tahun itu.
Katanya, Kate sangat berbeza dengan Diana yang memiliki emosi yang jelas kelihatan dalam setiap tindakannya.
"Dia kelihatan seperti wanita muda yang dibesarkan dengan sempurna,
perkataan 'tolong' dan 'terima kasih' tak pernah lekang daripada
bibirnya.'" kata Mantel.
Mantel mengulas tentang penampilan Kate berhubung potret rasmi
pertama sejak berkahwin dengan William, yang dihasilkan oleh pelukis
Paul Emsley, yang didedahkan pada bulan lalu.
"Matanya kaku dan senyumannya seakan-akan memberitahu pelukis supaya dia tidak mahu diganggu," katanya.
Bagaimanapun, Ketua Pengarang majalah Majesty, Ingrid Seward,
menganggap ulasan Mantel sebagai tidak adil kerana Kate masih terlalu
muda dan pasti akan memiliki personaliti yang tersendiri suatu hari
nanti. - AGENSI
apalah... kena bagi masa lah kat dier... Apapun KA support KAte hehehe
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKesian si kate ni, jadi bahan kajian dan pemerhatian aje. Nasiblah...dah jadi orang kenamaan dan terkenal.
xkena saman ke c mantel coz comment too much about Princess Kate hoho.
ReplyDeletemenaariik artikelnya :D salam kenal yaaaa
ReplyDeleteKesian Kate kan KA...kita tau KA ni peminat setia kate..he..he
ReplyDeleteWasalam and betul BM..Bukan senang kalau dah popularkan..
Yup Fae..they all so open criticized the princess...
Thanks birthday party..
kesian pula Kate ni..dibanding2kan pula
ReplyDelete