Mata bionik pertama yang dibangunkan oleh sekumpulan saintis berjaya berfungsi seperti mata normal. - AGENSI
Selepas beberapa tahun menjalani penyelidikan, akhirnya mata bionik pertama yang dibangunkan oleh sekumpulan saintis berjaya berfungsi seperti mata normal.
Ini sekali gus memberi harapan kepada insan cacat penglihatan di seluruh dunia untuk kembali melihat.
Dibangunkan oleh syarikat Second Sight Medical Products, sistem
retina palsu Argus II telah membantu lebih daripada 60 individu cacat
penglihatan memperbaiki pandangan mereka.
Malah sesetengah daripada mereka mengaku keputusannya cukup memberangsangkan.
Mengandungi 60 elektrod yang diimplan di dalam retina dan kamera mini
khas, Argus II sudah mendapat kelulusan daripada badan sewajarnya di
Eropah.
Selepas ini, Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (USFDA),
dijangka turut memberi kelulusan bagi membolehkan mata bionik itu
digunakan di seluruh dunia.
"Mata bionik ini merupakan yang pertama dipasarkan di dunia, mulanya
di Eropah dan kemudian di Amerika Syarikat (AS)," kata Naib Presiden
Bahagian Pembangunan Perniagaan syarikat itu, Brian Mech.
Menurutnya, individu yang mendapat manfaat daripada Argus II adalah
mereka yang mengalami masalah retinitis pigmentosa, sejenis masalah
berkaitan genetik yang jarang ditemukan, berlaku pada 100,000 individu
di AS, berikutan kemerosotan bahagian penerima foto retina.
Jelasnya, sel penerima foto menukar cahaya kepada impuls elektrokimia
yang kemudian dibawa ke otak melalui saraf optik, yang mentafsirkannya
kepada imej.
"Alat tersebut bekerja dengan cara menggantikan fungsi penerima foto," kata Mech.
Sebanyak 30 individu yang buta berusia antara 28 hingga 77 tahun
mengambil bahagian dalam ujian klinikal untuk produk tersebut.
ugg boots
ReplyDeletekate spade outlet
supra shoes sale
nike outlet
michael kors uk
michael kors handbags
baltimore ravens jerseys
coach handbags
nike outlet store
nike factory outlet
شركة نقل عفش بالخرج
ReplyDeleteشركة نقل اثاث بالخرج
شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بمكة
نقل عفش بمكة
نقل عفش بالخرج
شركة تنظيف فلل بجدة
شركة تنظيف فلل بالرياض
شركة تنظيف منازل بمكة