KOMBINASI gambar rakaman sebuah
kamera video menunjukkan sebutir tahi bintang meluncur di langit
Chelyabinsk, sekitar 1,500 kilometer ke timur Moscow, Rusia pada Jumaat
lalu.
|
MOSCOW - Sepasukan saintis semalam mendakwa yang mereka telah menemui
serpihan tahi bintang yang jatuh di Pergunungan Ural, Rusia selepas
mencetuskan gelombang yang menyebabkan 1,200 orang cedera dan
beribu-ribu buah rumah rosak.
Batu angkasa lepas gergasi itu meluncur di langit bandar Chelyabinsk,
tengah Rusia pada Jumaat lalu dengan tenaga bersamaan 30 butir bom atom
yang digugurkan ke bandar Hiroshima, Jepun pada Perang Dunia Kedua.
Tahi bintang tersebut meletup beberapa kilometer dari Bumi tetapi
serpihan-serpihannya dipercayai bertaburan di serata rantau tersebut. Sebelum ini, sekumpulan petugas yang memeriksa sebuah tasik kecil di
mana serpihan-serpihan tahi bintang itu dipercayai jatuh gagal membuat
sebarang penemuan.
Namun, sepasukan saintis Akademi Sains Rusia yang melakukan beberapa
ujian kimia ke atas beberapa batu aneh kelmarin berkata, serpihan itu
datang dari angkasa lepas.
"Kami mengesahkan bahawa beberapa partikel yang ditemui oleh pasukan
ekspedisi kami berhampiran Tasik Chebarkul benar-benar memiliki
komposisi meteorit," kata saintis berkenaan, Viktor Grokhovsky menurut
agensi berita RIA Novsosti.
Universiti Persekutuan Ural tempat Grokhovsky bertugas turut
menyiarkan gambar seorang lelaki memegang sebutir batu hitam kecil
semalam.
"Meteorit ini berasal daripada kondrit kelas biasa (angkasa lepas)," kata pihak universiti berkenaan dalam satu kenyataannya.
Menurut Grokhovsky, batu itu mengandungi komposisi besi metalik selain krisalit dan sulfit.
Kandungan besi dalam batu tersebut dianggarkan sebanyak 10 peratus.
"Besar kemungkinan, batu ini akan dinamakan sebagai Meteorit Most Chebarkul," kata kenyataan.
Gelombang kuat tahi bintang itu memecahkan tingkap-tingkap hampir
5,000 bangunan dan menyebabkan 40 orang termasuk tiga kanak-kanak
dirawat di hospital kelmarin kerana mengalami luka dan kecederaan lebih
serius.
Sekitar 24,000 petugas kecemasan dan sukarelawan sibuk menggantikan
tingkap-tingkap yang pecah pada hujung minggu lalu sebelum orang ramai
mula bekerja.
Serpihan-serpihan tahi bintang tersebut yang jatuh ke Bumi turut mencetuskan minat banyak pihak.
Beberapa pengumpul serpihan angkasa lepas di Rusia telah menyiarkan
iklan di internet yang menawarkan bayaran AS$10,000 (RM30,900) untuk
serpihan batu tersebut. - AFP
Salam,
ReplyDeleteSatu fenomena yg teramat jarang berlaku, pastinya batu ini mempunyai nilai yang amat tinggi. Beruntunglah sesiapa yg menjumpainya.
takut jugak baca...da mcm dalam filem la..
ReplyDeleteseb baiklah x gugur kat mesia ye
ReplyDeleteNasib jatuhnya tidak di Malaysiakan Raudzah...
ReplyDeleteabercrombie and fitch
ReplyDeletenike roshe
michael kors outlet sale
pandora outlet
tiffany outlet
abercrombie and fitch
adidas wings shoes
fitflops uk
ferragamo outlet
nfl jerseys
coach outlet
michael kors outlet
moncler outlet
michael kors uk outlet
louis vuitton,borse louis vuitton,louis vuitton sito ufficiale,louis vuitton outlet
uggs outlet
ugg outlet
ugg boots sale
replica watches
true religion outlet uk
1228
ReplyDeleteشركات تنظيف خزانات بجدة
نقل عفش بالخبر
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل عفش بالاحساء
شركة نقل عفش بجدة
نقل عفش بالمدينة المنورة
نقل عفش بالطائف