Banduan di Penjara Bastoy bukan sahaja boleh berehat di tepi pantai malah boleh melayari internet sepanjang masa.
SEBUT sahaja penjara, pasti terlintas dalam fikiran sesiapapun
tentang lokasi yang menakutkan, terasing dan terbelenggu di sebalik
tirai besi.
Namun, pernahkah anda bayangkan penjara menjadi 'syurga' dunia bagi golongan banduan.
Mereka bukan sahaja bebas berenang, memancing, bermain tenis, bola
sepak, berehat tepi pantai, sauna, menonton wayang malah melayari
internet!
Penjara Bastoy yang terletak di Kepulauan Bastoy, Norway pasti menjadi idaman banduan di seluruh dunia.
BILIK yang mempunyai kemudahan televisyen kabel.
Perjalanan menuju ke sana menggunakan pengangkutan feri yang
mengambil masa selama 15 minit. Menempatkan sebanyak 120 orang banduan,
lokasi itu satu-satunya penjara yang terletak di sebuah pulau di Norway.
Bukan berbicara bohong, setiap penjenayah menetap di banglo mempunyai
kemudahan mewah seperti kabel televisyen, kantin, gimnasium, panggung
wayang mini serta kantin.
Salah seorang banduan, Nil, 36, yang dipenjarakan selama 16 tahun
kerana membunuh seorang penagih dadah mendakwa, dia kini bekerja sebagai
seorang kakitangan perkhidmatan feri di penjara tersebut.
"Saya dipenjarakan selama lapan setengah tahun di penjara lain sebelum dipindahkan ke Penjara Bastoy. "Saya gembira menjalani tugas sebagai pekerja feri dan bercadang
mengambil kursus bidang maritim di universiti sebaik sahaja dibebaskan
kerana ingin menjadi seorang kapten kapal. "Ironi, sebaik sahaja keluar penjara anda wajib membawa dua beg berisi pakaian tetapi tidak di sini," cerita Nil.
Norway merupakan sebuah negara terkaya di Eropah dengan kapasiti lima
juta orang penduduk. Hanya 3,500 banduan sahaja yang menjalani hukuman
di negara ini.
Bagi Lars Ulmann, 48, yang pernah dipenjarakan selama lima tahun kerana mengedar dadah dia bertukar status menjadi kontraktor hartanah dengan gaji yang tinggi, kereta dan pejabat.
Tetapi akhirnya dia memilih menjadi pegawai penjara di Bastoy.
KEMUDAHAN telefon awam untuk banduan menghubungi keluarga disediakan pihak pengurusan Penjara Bastoy.
"Bekerja di sini lebih berharga berbanding menjadi kontraktor
hartanah. Sebagai warden penjara tanggungjawabnya lebih mudah," katanya.
Ketua Penjara, Arne Kvernvik Nilsen berkata, Penjara Bastoy sama seperti penjara lain cuma pendekatannya sahaja yang berbeza.
"Bastoy mempraktikkan kaedah berbeza yang membuat banduan berasa
bertanggungjawab dengan persekitaran yang tenang membantu menenangkan
fikiran serta menghormati antara satu sama lain," tuturnya.
Selain tidak mempunyai sel, bar dan restoran mewah, tiada sesiapapun termasuk pegawai
mempunyai senjata api.
"Tiada kes keganasan di sini hanya seorang banduan yang cuba
melarikan diri dengan mencuri sebuah bot nelayan dan hukumannya
dipindahkan semula ke penjara tertutup," tutur Nilsen. - Agensi
perghhhhhhhhhh kalau mcm tuh banduan kat sini mesti tak nak kua punya. silap2 saja buat salah untuk masuk penjara hahahah
ReplyDeleteBest nye penjara, macam dalam tempat percutian ajer.
ReplyDeleteLagi menarik...semuanye free. Kalau ada kat sini, teringin juge nak masuk hehe..percutian percuma!
wah..camni ramai la yg nak masuk sini nanti..
ReplyDeletePergh...banduan kelas atasan ni he..he...cuba kita hantar banduan kita ke sana?
ReplyDeletewaaaa best haahha.
ReplyDeleteشركة نقل اثاث بابها
ReplyDeleteشركة نقل عفش بنجران
ِشركة نقل عفش بحائل
شركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بالباحة
شركة نقل عفش بينبع
دينا نقل عفش بابها
نقل الاثاث بالمدينة المنورة