JAMIL KHIR (kiri), Abi Musa Asa'ari
(tengah) dan Ismee ketika majlis pengumuman jumlah agihan bonus di Dewan
Besar Lembaga Tabung Haji, Kuala Lumpur semalam.
|
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pengagihan Bonus
Jubli Emas Tabung Haji 2012 sebanyak lapan peratus bagi tahun kewangan
berakhir 31 Disember 2012 kepada 8.2 juta pendeposit mereka.
Pemberian bonus tersebut yang merupakan tertinggi sepanjang 50 tahun
penubuhan TH itu merangkumi kadar bonus tahunan sebanyak 6.5 peratus
dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus.
Pendeposit boleh mengemas kini akaun masing-masing melalui
kaunter-kaunter TH dan rakan-rakan strategik TH iaitu Bank Islam
Malaysia Bhd. (Bank Islam), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank
Rakyat) dan Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic) mulai 10 Februari
ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
berkata, jumlah keseluruhan pemberian bonus itu adalah sebanyak RM2.46
bilion iaitu RM2.13 bilion untuk bonus tahunan dan RM325 juta bagi bonus
khas.
“Bayaran bonus tahunan tersebut merupakan peningkatan sebanyak 27
peratus berbanding RM1.68 bilion yang diagihkan pada tahun 2011,”
katanya kepada media selepas majlis pengumuman Bonus Jubli Emas TH 2012
di sini semalam.
ha dalm bank ada rm2..start ai ni nk g saving kat tabung haji la
ReplyDeleteAlhamdulillah..nanti year end dapat dividen k..
ReplyDelete