Sejak awal bulan
lalu, beberapa rangkaian terowong rahsia ini ditenggelami air sebagai
usaha untuk menutup laluan itu. Foto: Reuters
KAHERAH - Sebuah mahkamah di Mesir, kelmarin mengarahkan kerajaan
memusnahkan semua terowong rahsia yang menghubungkan sempada negara itu
dengan Genting Gaza.
Hakim Farid Tanaghou memaklumkan keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah mendapati laluan rahsia yang menjadi nadi penting kepada penduduk Palestin sejak lebih tujuh tahun lalu turut digunakan untuk menyeludup senjata.
Sementara itu, peguam Wael Hamdy berkata, mereka perlu mengambil kira aspek keselamatan negara susulan daripada insiden 16 pengawal sempadan yang terbunuh dalam serangan dilancarkan militan, Ogos lalu.
Sebelum ini, tindakan pihak berkuasa menenggelamkan rangkaian terowong bawah tanah di sempadan Rafah-Gaza sebagai usaha untuk menutup laluan tersebut turut mencetuskan kemarahan pemimpin Hamas.
Pada masa ini, terdapat kira-kira 2,000 lagi laluan rahsia yang masih beroperasi walaupun puluhan terowong telah dimusnahkan sejak beberapa bulan lalu. - Al-Jazeera

sian org palestin terowong itu juga merupakan tempat mereka mendapatkan bekalan ubat dan makanan, kerajaan mesir patutnya lebih membantu ....
ReplyDeletebyk tu 2000 terowong...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSatu di musnahkan...10 lagi akan terbina.
Insyaalah...Rakyat Palestin tetap mendapat bantuan.
Semoga Allah membalas kpd mereka yg menghalang bantuan ke Palestin. Amiin...
Tengok ni rasa macam tak cukup nafaslag Raudzah...rasa mcm sempitnya dunia!...hehe
ReplyDelete