Penduduk Afghanistan berkumpul di sebuah
rumah yang musnah terkena serangan udara pesawat Amerika di wilayah
Logar, selatan Kabul. Gambar bawah, Pesawat kawalan jauh Amerika
Syarikat (AS) berlepas dari lapangan terbang tentera udara Kandahar bagi
memburu militan al-Qaeda di selatan Afghanistan. - Foto AP
Washington: Seramai 4,700 orang termasuk penduduk awam, maut dalam serangan bom berterusan yang dilancarkan pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat.
Jika ada anggaran rasmi angka kematian, ia rahsia, meningkatkan kemungkinan Graham melanggar undang-undang maklumat rahsia," Micah Zenko, Felo Majlis Perhubungan LuarLancar serangan peluru berpandu
Bilangan beratus-ratus serangan peluru berpandu yang dilancarkan pesawat kawalan jauh ke atas suspek militan al-Qaeda di Pakistan, Yaman dan beberapa negara lain kekal misteri, ketika pegawai Amerika enggan membin-cangkan secara terbuka mengenai operasi berkenaan.
Namun, Senator Republikan, Lindsey Graham, penyokong kuat serangan pesawat kawalan jauh, secara terbuka menyatakan bilangannya.
“Kita membunuh 4,700 orang. Kadang-kadang anda membunuh orang tidak bersalah, tetapi kita dalam peperangan dan berjaya membunuh beberapa anggota kanan al-Qaeda,” kata Graham dipetik oleh Easley Patch, laman web tempatan yang membuat liputan pekan kecil Easley di Carolina Selatan.
Pejabat Graham tidak mempertikai kenyataan itu tetapi menyatakan beliau tidak mendedahkan sebarang perangkaan rasmi dan sulit kerajaan.
Jurucakap memberitahu senator itu memetik perangkaan yang dilaporkan secara terbuka dan disiarkan ketika siaran berita.
“Ini kali pertama pegawai Amerika menyatakan bilangan,” kata felo Majlis Perhubungan Luar, Micah Zenko.
Beberapa pertubuhan cuma mengira berapa ramai militan dan penduduk awam maut dalam serangan pesawat kawalan jauh sejak 2004.
Perangkaan, kiraan sama
Perangkaan yang dinyatakan Graham sama dengan kiraan akhir oleh Biro Kewartawanan Penyiasatan berpejabat di London berkata bilangan yang terbunuh dalam serangan pesawat kawalan jauh di Pakistan, Yaman dan Somalia antara 3,072 dan 4,756.
Yayasan New Amerika beribu pejabat di Washington berkata, ada 350 serangan pesawat kawalan jauh Amerika sejak 2004, ketika Barack Obama menjadi presiden. Yayasan itu menganggarkan angka kematian antara 1,963 dan 3,293, dengan 261 hingga 305 penduduk awam terbunuh. - AFP
x tau nak ckp apa dah :/ Islam...pasti akan KEMBALI bangkit :)
ReplyDeletemereka mmg berhati binatang..sanggup membunuh org yg tidak berdosa..
ReplyDeletezalimnya.tidak berperikemanusiaan betul
ReplyDeleteشركات نقل عفش بمكة
ReplyDeleteشركات نقل عفش
شركة تنظيف خزانات بالمدينة المنورة
شركات تنظيف بمكة
شركة مكافحة حشرات
شركة تنظيف بالدمام
شركة تنظيف بالمدينة
شركة تنظيف بالطائف