Zalim: Kanak-kanak Palestin didera
RAMALLAH 14 Feb. - Satu kajian Pertubuhan bagi Perlindungan Kanak-Kanak Antarabangsa (DCI) mendapati Israel melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak Palestin yang ditahan di penjara di negara itu di bawah sistem mahkamah tentera rejim Zionis itu.
Kajian DCI ke atas lebih 300 kanak-kanak Palestin yang pernah ditahan
di penjara Israel, menunjukkan pihak berkuasa rejim Zionis Israel
melakukan pelbagai penderaan termasuk mengugut untuk merogol tahanan
kanak-kanak.
Menurut DCI, sejak 11 tahun lalu, kira-kira 7,500 kanak-kanak
Palestin, sesetengahnya berusia 12 tahun, pernah ditahan, disoal siasat
dan dipenjarakan mengikut undang-undang mahkamah tentera Israel.
Jelas pertubuhan itu, kebanyakan kanak-kanak tersebut ditahan di rumah mereka antara waktu tengah malam hingga pukul 5 pagi.
Peguam yang mewakili DCI, Gerard Horton berkata, kanak-kanak Palestin
yang ditahan akan ditutup mata mereka dengan kain dan dipaksa meniarap
menghadap lantai atau meniarap atas lantai kenderaan tentera.
Katanya, seorang daripada mangsa yang hanya dikenali sebagai Mohammad
S, berusia 16 tahun dari bandar Tulkarem di utara Tebing Barat mengakui
dia ditahan ketika sedang tidur pada pukul 2.30 pagi dan dibawa keluar
dari rumahnya oleh tentera Israel dengan matanya ditutup dan dipaksa
meniarap selama sejam.
Kemudian, kanak-kanak tersebut dibawa ke pusat siasatan di Nablus
pada pukul 11 pagi untuk disoal siasat dan hanya dibenarkan minum air
serta menggunakan tandas.
"Mohammad kemudiannya dibawa ke penjara Al Jalameh berdekatan Haifa dalam keadaan ditutup mata dan tangannya diikat. "Dia ditempatkan secara berseorangan di Sel 36 dan terpaksa tidur di
lantai kerana tiada selimut atau tilam disediakan dalam bilik tahanan
berkenaan. "Dia menghabiskan masa selama 17 hari dalam sel berkenaan dan
terpaksa menjalani sesi soal siasat selama tiga jam setiap hari dengan
tangannya diikat pada kerusi," jelas Horton.
Menurut Horton, terdapat juga laporan yang menyatakan tentera Israel
meletakkan makanan anjing di atas kepala tahanan kanak-kanak sebelum
menyuruh seekor anjing makan makanan tersebut. Jelasnya, sepanjang sesi soal siasat, kebanyakan kanak-kanak yang ditahan mengadu dihina, ditampar dan disepak.
Malah katanya, beberapa kes kecil turut melaporkan tentang ugutan
pegawai penyiasat Israel mengancam untuk merogol tahanan kanak-kanak
Palestin.
"Menurut siasatan kami, Israel didapati melanggar hak asasi manusia
kerana mengamalkan sistem menahan kanak-kanak Palestin secara
berseorangan untuk tempoh tertentu dan melakukan penderaan emosi serta
fizikal," katanya. - AGENSI
Kesiannya...
ReplyDeleteSemoga PBB dapat menghentikan penzaliman nie...
shijun 7.9
ReplyDeleteabercrombie & fitch
michael kors outlet
hollister kids
chanel outlet
longchamp outlet
ray ban glasses
hermes belts
christian louboutin shoes
cheap toms sale for kis
abercrombie store new york
lululemon
chanel no 5
retro 11
ralph lauren home
louis vuitton handbags
christian louboutin outlet
louis vuitton handbags
tods sale
cheap air max shoes
michael kors outlet
chi hair strighteners
louis vuitton outlet
louis vuitton outlet
air jordan 13
coach factorty outlet online
mulberry bags
pandora bracelets
michael kors
prada bags
oakley outlet
tory burch shoes
timberland uk
abercrombie
coach factory online
burberry sale
air max uk
jordan 3
soccer cleats
concord 11
michael kors purse