Awas: Bahaya Salji & Penkek



Moscow: Ketua pegawai kesihatan awam Russia Gennady Onishchenko menasihatkan rakyatnya supaya tidak makan salji atau terlalu banyak penkek atau lempeng.

“Pada asasnya, salji adalah air suling. Garam dan pencemar sudah dikeluarkan,” kata Onishchenko, yang mengetuai pemerhati hak asasi pengguna Rospotrebnadzor, dalam sidang media di sini. 


Beri amaran



“Namun udara kita tercemar dengan gas dan air itu menyerap banyak sebatian kotor, berikutan itu salji tidak seharusnya dimakan.”

Katanya minum teh dibuat daripada salji yang dicairkan boleh meningkatkan aroma teh, berbeza dengan teh yang dibancuh dengan air mengalir.

Pegawai itu bagaimanapun memberi amaran kepada warga Russia supaya tidak minum banyak teh sebegitu, kerana ia bukan saja berbahaya, namun sebatian bermanfaat hilang daripada salji yang dicairkan.

Onishenko berkata perkara ini boleh menyebabkan kerapuhan tulang dan kehilangan gigi.
 
Produk bahaya

Doktor itu juga memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak makan terlalu banyak penkek ketika sambutan Maslenitsa.

Maslenitsa, juga dikenali sebagai Minggu Keju atau Minggu Penkek, disambut Russia ketika bermulanya Great Lent, tempoh berpuasa penganut Kristian yang bermula 18 Mac tahun ini.

“Jika anda makan terlalu banyak penkek, ia akan menjadi produk yang berbahaya, berkumpul di sekeliling pinggang anda dalam tempoh setengah hari dan kekal dalam tempoh yang lama,” Onishchenko membuat jenaka. AGENS

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat