Barang Milik pengganas Sulu ditemui
|
LAHAD DATU - Dua laras senapang jenis M1 Garand, enam bilah parang
panjang dan lima helai seluar dalam berwarna putih adalah antara
pelbagai barangan peribadi milik kumpulan pengganas Sulu yang ditemui
sepanjang hampir dua minggu Ops Daulat dijalankan.
Kesemua barangan itu termasuk berpuluh-puluh pakaian celoreng
pelbagai warna, but perang dan beg sandang ditemui di beberapa lokasi
persembunyian kumpulan pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo
dan Kampung Tanjung Batu dekat sini.
Turut ditemui dua kad perakuan tentera milik pemerintah pengganas
Sulu di Sabah, Komander Musa yang masing-masing menggunakan nama Habib
Musa A. Abdullah dan Gen. Musa A. Abdullah.
Pada kedua-dua kad itu tertera jawatan Musa sebagai Naib Ketua Staf
Tentera Diraja Sulu yang berpangkalan di Tawi-Tawi, Filipina.
Komander Musa disahkan mati ditembak dalam pertempuran di Tanjung
Batu yang turut mengorbankan 30 lagi pengganas lain pada 7 Mac lalu
Sumber memaklumkan, kesemua barang itu milik pengganas Sulu yang
ditemui di dalam beg yang ditinggalkan selepas mereka diserang oleh
pasukan keselamatan Malaysia.
kembalikan keamanan Sabah.
ReplyDeletecepatlah berakhir semua ni !
ReplyDeletecartier watches for women
ReplyDeleteadidas uk
fitflops sale clearance
coach factory outlet
ray ban sunglasses
basketball shoes
prada shoes
nike huarache
christian louboutin outlet
mac cosmetics sale
223briz