Lahad Datu: Berjalan kaki 10 jam untuk selamatkan diri
LAHAD DATU - Setelah 11 hari bersembunyi di hutan dengan hampir setiap
hari mendengar bunyi tembakan, seorang bapa akhirnya nekad membawa
isteri dan empat anak kecilnya berjalan kaki sejauh 10 kilometer ke
pusat pemindahan sementara di Dewan Fajar Harapan.
Tindakan meninggalkan rumah di kampung Tanjung Labian hanya dibuat oleh Rustam Edan, 55, semalam selepas mereka kehabisan bekalan makanan dan mengambil kira faktor keselamatan anak-anaknya yang berusia antara 4 dan 12 tahun.
"Kami keluar dari rumah pukul 5 pagi dan selepas 10 jam berjalan kaki, kami akhirnya tiba di Dewan Fajar Harapan pada pukul 3 petang," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan itu.
Rustam yang bekerja sebagai penjaga ladang kelapa sawit milik saudaranya di kampung itu, berkata ketika itu semua penduduk kampung telah meninggalkan rumah mereka berikutan kehadiran kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu.
"Kami anak beranak yang masih tinggal di situ," katanya yang memberi alasan tidak tahu untuk tinggal di mana sekiranya mereka berpindah.
Menceritakan semula pengalaman yang dihadapi keluarganya, Rustam berkata setiap kali mendengar bunyi tembakan, beliau akan membawa keluarganya bersembunyi di dalam hutan.
"Kami hanya kembali ke rumah jika tiada sudah bunyi tembakan," katanya.
Beliau berkata mereka mengambil masa yang lama untuk tiba di dewan itu kerana terpaksa melalui jalan kampung dan banyak berhenti akibat penat.
Sebaik tiba di dewan pemindahan, petugas Jabatan Kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap Rustam, isteri dan anak-anaknya yang
masing-masing berusia 12, 9, 3 tahun dan lapan bulan.
Kesemua mereka yang dalam keadaan lesu diberi makanan dan kelengkapan lain. - Bernama

syukur mereka selamat
ReplyDeleteKesiannya...Mcmne mereka tidak dpt di kesan dan diselamatkan? Xkan sampai xde sesiapa yg mengenali dan mengecam ketiadaan mereka. Syukurlah mereka selamat.
ReplyDeletemoga2 semuanyer segera berakhirlah yer
ReplyDelete