Garam punca kematian 2.3j seluruh dunia
LONDON - Pengambilan garam berlebihan didakwa menjadi punca kematian 2.3 juta penduduk di seluruh dunia pada setiap tahun.
Dipetik MailOnline, kajian oleh Persatuan Jantung Amerika ke atas 247 
dewasa menunjukkan sebanyak 15 peratus daripada mereka meninggal dunia 
akibat serangan strok dan penyakit  berkaitan kardiovaskular.
Sementara itu, penyelidikan dilakukan oleh pakar di Universiti Harvard 
mendapati minuman ringan hanya menyebabkan 180,000 orang maut pada 
setiap tahun, namun jumlah tersebut tetap berada pada tahap 
membimbangkan.
Profesor Bersekutu Perubatan dan Epidemiologi, Dariush Mozaffarian 
berkata masalah itu boleh diatasi dengan langkah kesihatan awam seperti 
program kurangkan pengambilan garam dan gula di peringkat global.

 
 
Comments
Post a Comment