Ikan Gergasi
BASCOM, Florida - Seorang ahli perniagaan, Mark Zaslavsky menternak
sejumlah ikan sturgeon gergasi di sebuah kolam ternakannya di sini,
Amerika Syarikat.
Zaslavsky, 60, yang berasal dari Ukraine menternak ikan itu untuk
tujuan mendapatkan telur-telur haiwan tersebut untuk dijadikan kaviar
yang merupakan makanan untuk golongan kaya.
Terdapat ikan sturgeon di kolam ternakannya yang mempunyai berat sehingga 181 kilogram. Dia mula mengusahakan ternakan ikan sturgeon itu pada tahun 2001 di ladang Sturgeon Aquafarms.
Zaslavsky mempunyai 2,000 pelanggan. Antara pelanggannya ialah beberapa buah restoran Rusia di New York. Ikan tersebut boleh hidup lebih 100 tahun di habitat liar. - Reuters
Wah dahsyatnya Raudzah...lebih dari manusi umurnya... telur dia tak tau macam mana tu!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDelete181kg...Besar tu ikannya! Ingatkan utk dagingnya rupanya ternak utk telur.
Panjang btul umornye...berbaloi ternak ikan ni.