Jamalul Kiram saman Malaysia RM77.8 bilion
TINDAKAN pihak berkuasa mendakwa
lapan pengganas Sulu di mahkamah kelmarin merupakan antara pendorong
kepada tindakan saman Jamalul Kiram terhadap kerajaan Malaysia.
|
TAGUIG CUTY, Filipina - Pasukan peguam pemimpin puak pengganas Sulu,
Jamalul Kiram III (gambar kecil) kini dikatakan sedang menyiapkan kertas
tuntutan mahkamah untuk menyaman kerajaan Malaysia atas dakwaan
membangunkan dan merampas Sabah secara haram.
Memetik laporan akhbar dalam talian, The Manila Times.Net,
saman yang dihantar kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu
menyatakan tuntutan 'denda' sebanyak AS$25 bilion (RM77.8 bilion)
daripada kerajaan Malaysia.
Jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani memberitahu, saman tersebut
adalah jawapan kepada tuduhan melakukan keganasan yang dikenakan oleh
pihak berkuasa Malaysia ke atas lapan rakyat Filipina baru-baru ini.
Menurut Idjirani, ini merupakan saman kali ketiga yang dikemukakan oleh pihak Jamalul Kiram.
muakk da ngan si Kiram ne
ReplyDeleteSure kena karate kalau fae jumpa si kiram ni..he..he
Delete