Jual mayat jadi pengantin
Beijing: Empat orang dipenjara kerana menggali mayat untuk dijual
sebagai pengantin dalam ‘perkahwinan hantu,’ majlis yang menyaksikan
lelaki bujang yang sudah mati dikebumikan bersama seorang ‘isteri.’
Perkahwinan adalah bahagian penting dalam masyarakat China. Meskipun
amalan seumpama itu kini semakin jarang, ia masih dilakukan beberapa
keluarga yang anak lelaki mereka mati muda sebelum sempat berkahwin.
Biasanya, persetujuan dicapai antara keluarga si mati. Bagaimanapun, akhbar Xian Evening News berkata, kumpulan itu mencuri mayat wanita dan membersihkan mereka sebelum menjual dengan harga tinggi.
Sebuah mahkamah di utara Shaanxi menjatuhkan hukuman penjara antara 28 hingga 32 bulan.
Menurut hakim, pencuri terbabit mengambil kesempatan terhadap amalan yang sudah lapuk, tetapi masih diamalkan sebahagian penduduk Shaanxi dan Shanxi. - AFP
eee...macam2 lah skrng nie
ReplyDeleteeee mcm2lah diarong ni!
ReplyDeletecm tu pun leh jd keje..huh!
ReplyDelete