Misteri di sebalik azan
Misteri di sebalik Azan
SETIAP hari azan dikumandang terutama di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam sebagai tanda masuknya waktu solat.
Di sebalik kemerduan azan, ada misteri dan keistimewaannya yang
tersendiri, sehingga bagi muazin (orang yang menyerukan azan), Allah SWT
telah menjanjikan ganjaran pahala kepadanya. Kalimah penyeru (muazin) yang mengandungi kehebatan lagi menakjubkan
telah tertanam dalam jiwa setiap Muslim, sehinggakan seusai laungan
azan, seluruh tubuh serta pancaindera kita bergerak untuk menunaikan
ibadat solat.
Menurut fakta, kebanyakan bukan Muslim menerima hidayah Ilahi setelah
mendengar azan. Biarpun tidak memahami maksudnya, namun mendengarkannya
sahaja telah menggetarkan hati, sekali gus menyentuh jauh di sudut hati
nurani. Seakan fitrah Islam dalam diri mereka dibangkitkan melalui
alunan suara azan tersebut. Kementerian Urusan Agama Turki pernah menyatakan sekurang-kurangnya
634 orang telah memeluk Islam pada 2011, termasuk 407 wanita, yang
rata-rata mereka berusia antara 30 hingga 35 tahun.
Malah mereka berasal daripada pelbagai bangsa Jerman, Maldive,
Belanda, Perancis, China, Brazil, Amerika Syarikat, Rumania, Estonia dan
lain-lain dan merupakan pelancong yang sedang melancong ke Turki. Di Turki sendiri, sekurang-kurangnya 14 orang memeluk agama Islam pada empat tahun terakhir, termasuk 10 wanita.
Mufti kota Kayseri, Syeikh Ali Marasyalijil berkata, umumnya mereka masuk Islam setelah tersentuh mendengar alunan azan. Chauncey L. Hawakins dari Amerika Syarikat mengakui pengislamannya
bertitik-tolak selepas mendengar azan ketika berkunjung ke Abu Dhabi,
Emeriah Arab Bersatu.
Hakikatnya, penghijrahan akidah asbab daripada alunan azan memang berlaku.
Melalui mimpi
Pada awalnya Rasulullah SAW tidak tahu satu cara untuk mengingatkan
umat Islam apabila tibanya waktu solat. Ada sahabat yang menyampaikan
usul untuk mengibarkan bendera, meniup trompet, membunyikan loceng dan
sebagainya. Namun, semua saranan itu dianggap kurang sesuai.
Sehingga datanglah Abdullah bin Zaid yang bercerita bahawa beliau
bermimpi bertemu dengan seseorang yang memberitahunya untuk
mengumandangkan azan dengan menyerukan lafaz-lafaz sebagaimana yang
dibuat kini.
Lalu dikhabarkan perihal mimpi itu kepada baginda. Umar bin Khattab
sebaik mendengar hal tersebut, spontan mengakui beliau juga bermimpi
yang sama.
"Demi Tuhan yang mengutusmu dengan hak, ya Rasulullah, aku benar-benar melihat seperti yang dia lihat (di dalam mimpi). Lalu Rasulullah bersabda: "Segala puji bagimu." Rasulullah menyetujui
untuk menggunakan lafaz-lafaz azan itu sebagai tanda waktu solat tiba.
Selain digunakan untuk menandakan masuknya waktu solat, azan juga
dikumandangkan pada peristiwa-peristiwa penting dan bersejarah. Misalnya ketika kelahiran bayi dan ketika pasukan Rasulullah menguasai Mekah dan berhala-berhala di sekitar Kaabah dihancurkan. Pada waktu itu Bilal bin Rabbah mengalunkan azan dari atas Kaabah.
Peristiwa kejatuhan Constantinopel yang sekali gus mengakhiri
kekuasaan empayar Rom Timur juga disambut dengan laungan azan sebagai
tanda kemenangan Islam ketika itu. Di muka bumi ini, laungannya azan berlaku hampir setiap minit dan
saat. Disebabkan Bumi berbentuk bulat, maka berlaku perbezaan waktu
solat antara satu tempat dengan tempat yang lain. Sebab it, ketika azan telah selesai berkumandang di satu daerah,
tempat atau negara, ia akan diikuti oleh azan di tempat lain sehingga
seterusnya tanpa henti.
Satu jam setelah azan selesai di Sulawesi, maka azan segera bergema
di Jakarta, disusuli pula Sumatera. Sebelum azan berakhir di Indonesia,
ia sudah dimulai di Malaysia.Selepas itu azana kan berkumandang di Myanmar diikuti Dhaka,
Bangladesh; seterusnya Kolkata ke Srinagar, terus ke Bombay dan seluruh
India.
Seterusnya laungan azan singgah di Mekah dan Madinah, Yaman, Emeriah
Arab Bersatu, Kuwait dan Iraq hinggalah ke Eropah dan Amerika.Begitulah seterusnya azan terus berkumandang di bumi dan tidak pernah berhenti hingga kiamat.
betoi2..suara azan xpenah ptus sebenarnya
ReplyDelete