Misteri Kehilangan 13 lukisan bernilai RM1.5 bilion terbongkar

LUKISAN karya pelukis Rembrandt yang berjudul A Lady and Gentleman in Black pada tahun 1633 yang dicuri dari Muzium Isabella Stewart Gardner di Boston. REUTERS



BOSTON - Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kelmarin menyatakan, ia telah menyelesaikan misteri selama berdekad-dekad berhubung siapa yang mencuri 13 buah lukisan bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion) daripada Muzium Isabella Stewart Gardner di sini.

Lukisan yang dicuri pada 18 Mac 1990 selepas tengah malam itu meliibatkan lukisan yang dihasilkan pelukis terkenal, Rembrandt dan Vermeer. Dua orang yang menyamar sebagai pegawai polis mencuri lukisan-lukisan tersebut dalam tempoh 81 minit.

Ketua FBI di Boston, Richard DesLauriers berkata, ejen-ejen biro itu mengesahkan bahawa identiti pencuri yang memasuki muzium tersebut dan pihak yang bersekutu dengannya. Beliau yang membuat pendedahan itu pada satu sidang akhbar di sini menyatakan terdapat perkembangan yang penting dalam siasatan tersebut.

Bagaimanapun, pencuri-pencuri yang memasuki muzium tersebut dengan memakai pakaian seperti pegawai polis itu akan terlepas daripada pendakwaan.

Para pencuri itu mengikat dua pengawal sebelum mereka mencuri lukisan tersebut.
Pencuri-pencuri tersebut terlepas daripada dakwaan kerana lukisan itu dicuri 23 tahun lalu.
Menurut Peguam Negeri, Garmen Ortiz, para pencuri itu terlepas kerana undang-undang tidak membenarkan suspek pencuri didakwa dalam kes yang berlaku 23 tahun lepas. DesLauriers menyatakan, FBI percaya para pencuri itu bekerja untuk sebuah pertubuhan penjenayah yang berpangkalan di New England dan di beberapa negeri-negeri di timur Amerika Syarikat.

Namun, identiti pencuri itu tidak didedahkan. Pihak FBI juga setakat ini masih belum mengetahui lokasi lukisan-lukisan tersebut disembunyikan. - Agensi 





  Source

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat