Nyaris disembelih pengganas
LAHAD DATU - Seorang penduduk, Ajmain Mahmood tidak akan melupakan
detik-detik menjadi tawanan kumpulan pengganas selepas kampungnya di
Kampung Tanjung Batu di sini diceroboh pada 11 Mac lalu.
Kejadian itu berlaku pada pukul 9 pagi ketika dia bersama beberapa
penduduk tiba-tiba dijadikan tawanan oleh sekumpulan 50 pengganas yang
dipercayai menyelinap masuk dari Kampung Tanduo.
Menurut Ajmain, 35, seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan itu
tiba-tiba datang ke arahnya yang ketika itu duduk di barisan depan
bersama kira-kira 60 penduduk lain sebelum dirinya ditampar dua kali dan
pengganas itu kemudian mengacukan parang untuk menyembelih lehernya.
"Pengganas itu mengesyaki saya merupakan individu yang melaporkan
kemasukan penceroboh ke Kampung Tanduo kepada pihak berkuasa," kata
Ajmain ketika ditemui di Fajar Harapan di sini semalam.
Kata bapa kepada seorang anak itu, dia sangat takut dan hanya membayangkan akan mati.
"Kumpulan pengganas ketika itu sangat berang mungkin kerana terdapat
beberapa rakan mereka sudah ditangkap di samping kubu kuat pula diserang
pihak berkuasa," kata Ajmain.
syukur dia selamat..
ReplyDeleteBetul tu Fae...Alhamdulillah selamat
DeleteHish dahlah menceroboh...ada hati pulak nak mengugut bagai
ReplyDeleteKan OKje..banyak nakal ooo
ReplyDelete