Ops Lahad datu: Ketua pengganas cabut lari
LAHAD DATU - Ketika pihak berkuasa melancarkan serangan besar-besaran
untuk menggempur kubu pengganas Sultan Sulu di Kampung Tanduo di sini
semalam, ada maklumat mengatakan ketua kumpulan pengganas dan beberapa
orang kanannya telah melarikan diri dari kawasan tersebut sejak beberapa
hari lalu.
Adik Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Azzumuddie, 60-an, yang
mengetuai operasi pencerobohan ke Sabah pada 12 Februari lalu dipercayai
sedang bersembunyi di kawasan Kampung Tanjung Batu di sini yang
terletak kira-kira sembilan kilometer dari Kampung Tanduo.
Kampung Tanduo merupakan kawasan pertama diceroboh Azzumuddie bersama
180 pengikutnya yang lengkap bersenjata. Mereka menyusup masuk dengan
menaiki bot pancung dari kepulauan Sulu ke Sabah.
Ada maklumat mengatakan Azzumuddie telah terselamat ketika serangan
menggunakan pesawat pejuang, kereta perisai dan askar berjalan kaki yang
dilancarkan pihak berkuasa tepat pukul 7 pagi semalam.
Teori bagaimana mereka melarikan diri terbahagi kepada tiga. Pertama,
pengganas telah membuat laluan bawah tanah dan laluan tikus ekoran
mereka telah berkubu di kawasan kampung tersebut sejak lebih tiga minggu
lalu.
Kedua, keluasan kawasan tersebut menyebabkan pihak berkuasa
menghadapi sedikit kekangan untuk mengawal keseluruhan tempat. Jadi
mereka boleh melarikan diri ke kawasan yang tidak dikawal untuk
bersembunyi.
Teori terakhir pula ialah pengganas mengambil kesempatan keluar dari
kampung ketika pihak berkuasa mengeluarkan arahan kepada penduduk supaya
mengosongkan rumah. Mungkin mereka ikut jalan berlainan dengan penduduk
untuk mengelakkan daripada dicekup.
harap perkara ini akan selesai dgn segera..
ReplyDeleteKomen pada teori No 2: Malaysia menempatkan 7/8 battalion tentera disana, tidak termasuk 6 battalion PGA. Luas kawasan dikepung cuma 4 kilometer persegi. Sebelah laut dikawal oleh TLDM,APMM,Marin. Mustahil dia boleh bolos kemana mana.
ReplyDelete