Ops Lahad Datu: Pengganas wanita tawan rumah
LAHAD DATU - Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu dekat sini melalui
saat genting dan menakutkan selama 28 jam apabila dijadikan tebusan
selepas rumahnya ditawan 22 pengganas Sulu termasuk dua wanita
bersenjatakan senjata api dan parang pada 4 Mac lalu.
Peristiwa mendebarkan yang menentukan hidup atau mati Hamzah Arsan,
(gambar kecil) 52, itu berlaku pada pukul 8 pagi apabila dua pengganas
wanita memasuki rumahnya ketika insiden pencerobohan di sini yang
bermula pada 12 Februari lalu sampai ke kemuncaknya.
Ini kerana, beberapa hari sebelum itu, seramai lapan anggota pasukan
keselamatan terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh di Kampung
Tanduo di sini dan Kampung Srijaya, Semporna manakala musuh yang mati
pula seramai 18 orang.
Difahamkan, pengganas wanita itu digambarkan sebagai berbadan
sederhana, kusut masai, kelaparan, sentiasa menundukkan muka dan hanya
bercakap untuk meminta makanan. Mereka menggunakan bahasa Suluk.
Menceritakan semula kejadian itu, Hamzah berkata, sebaik sampai, dua
pengganas wanita bersenjatakan parang tersebut terus naik ke rumahnya
mengatakan mereka mahu tidur.
hebat tul tu wanita pun ditrain jadi pengganas !
ReplyDeletePower dia orang tu KA...well trained wataniah!!!
ReplyDeletehish....menyeramkan kalau berada ditempat penduduk kat situ.macam nyawa dihujung tanduk le...
ReplyDeleteBetul tu OKje..syukur kita tak mengalaminya kan...
Delete