Azean Irdawaty kritikal

Azean Irdawaty

Aktres veteran perlu jalani pembedahan buang tumor

Kuala Lumpur: Aktres veteran, Azean Irdawaty, 63, kini dalam keadaan kritikal dan perlu menjalani pembedahan bagi membuang tumor yang semakin merebak pada selaput perlindungan otaknya, Isnin ini.

Anak sulungnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, berkata kesihatan ibunya semakin merosot sejak dua bulan lalu, selepas terputus bekalan ubat berikutan kehabisan wang simpanan. 

“Beberapa bulan kebelakangan ini mama boleh bergerak hasil pengambilan ubat berkenaan. Walaupun harganya mahal, RM9,000 sebulan, banyak perubahan dapat dilihat, malah mama mula bergerak dan agak cergas berbanding sebelumnya.

Tumor sebelah kiri otak


“Namun, disebabkan situasi kewangan tidak mengizinkan, kami tidak lagi dapat membeli ubat terbabit. Kesannya, tubuh mama semakin lemah, mudah letih, hilang selera makan, apatah lagi selepas tumor menyerang sebelah kiri otaknya.


“Sepatutnya dia menjalani pembedahan semalam (18 April), tetapi terpaksa ditunda ke Isnin ini berikutan kes kecemasan lain. Kami dimaklumkan pembedahan kali ini berisiko tinggi,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Seniwati yang sudah membintangi lebih 20 filem dan pernah merakamkan album itu dibawa keluarganya ke Hospital Sg Buloh, Isnin lalu, selepas tubuhnya semakin lemah.
 
Kesan sel mati

“Sebelum ini walaupun terlantar sakit, mama masih mampu melakukan pergerakan ringan. Apabila menekan butang telefon bimbit pun tidak larat, kami membawanya menjalani imbasan dan dari situ, doktor mengesan sel mati pada bahagian otaknya disebabkan serangan tumor,” katanya.


Khaeryll atau Benjy, 35, berkata, buat masa ini doktor menasihatkan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat bagi mengelakkan ibunya terdedah kepada jangkitan penyakit lain.


“Kami tiga beradik bersama ayah bergilir menjaga mama sejak dia dimasukkan ke hospital. Dia kini dalam pemantauan sebelum menjalani pembedahan. Mama masih lemah malah percakapannya juga kurang jelas,” katanya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat