Breaking News

Tuesday, April 9, 2013

Bandar Samara ‘diserang’


Bandar Samara Di Landa Musibah



Samara: Gambar ini seolah-olah dirakam dari sebuah filem yang mengisahkan malapetaka yang amat dahsyat. Tetapi, imej ini sebenarnya adalah realiti harian yang dihadapi penduduk di bandar raya Samara di tenggara Russia.

Penduduk bandar itu kini hidup dalam kebimbangan selepas ‘serangan’ tanah jerlus mula berlaku di seluruh bandar itu. Kejadian dipercayai berlaku sejak beberapa minggu lalu, menyebabkan kereta, bas dan sekurang-kurangnya seorang penduduk terbunuh.
The massive craters seem to have appeared at random in recent weeks

Tanah jerlus, sebahagiannya cukup besar untuk menelan sebuah lori dipercayai berpunca daripada tanah mendap yang terjadi apabila ais cair dan menyerap ke bumi. Air yang berlebihan menyebabkan tanah di bawah jalan raya di bandar itu jerlus.

Lubang besar dapat dilihat di tempat letak kereta, simpang jalan raya yang sibuk, tepi jalan dan di jalan raya besar mahupun kecil.

Foto
TANAH jerlus yang besar boleh menelan kereta dan mencetuskan kekecohan.

Sehingga ini, sekurang-kurangnya seorang penduduk mati akibat ditelan bumi. Penduduk Samara sudahpun mengambil langkah menandatangani petisyen untuk mendesak pihak berkuasa mencari jalan bagi mengatasi masalah itu. Kejadian tanah jerlus adalah perkara biasa di kawasan perlombongan.

The collapse of the surface above a sinkhole can happen suddenly or over a few hours. Heavy rainfall or poor drainage systems can trigger a collapse 

Bagaimanapun, tanah jerlus semula jadi mengambil ribuan tahun untuk dibentuk dan berbeza dari segi saiz. Ia terjadi akibat daripada apa yang dikenali sebagai proses Karst yang berlaku apabila lapisan batu batan seperti batu kapur di bawah tanah dilarut oleh air berasid.

Biasanya, hujan menyerap menerusi tanah, menyerap karbon dioksida dan bertindak balas dengan sisa pertanian. Kesannya, air yang sampai kepada lapisan batu batan yang boleh larut itu ialah dalam bentuk berasid. Air berasid itu kemudian menghakis batu batan di bawah permukaan bumi, sekali gus membentuk ruang berongga. 

Kemudian, apabila ia tidak disokong lagi kerana rongga itu, tanah di atas batu kapur akan runtuh menjadi tanah jerlus. Keruntuhan permukaan itu boleh terjadi tiba-tiba atau mengambil masa beberapa jam. Hujan lebat atau sistem perparitan yang buruk juga boleh menyebabkan keruntuhan. - Daily Mail
  

5 comments:

  1. bandar2 kat Rusia ini dari segi maintanence aku rasa memang dah OUT. sebab tu banyak kes-kes macam ni

    ReplyDelete
  2. Agreed ..Rasanya Rusia ni like the old city kan...and a bit terbiar..agaknya kesan komunism kot..

    ReplyDelete

Designed By