Myanmar dituduh lakukan pembersihan etnik Rohingya
GAMBAR yang dirakam pada Jun 2012
menunjukkan penduduk tempatan menyelongkar dan mencuri di tapak sebuah
masjid yang musnah selepas keganasan terhadap etnik Islam Rohingya di
Satwe, negeri Rakhine.- AFP
|
BANGKOK - Myanmar telah melancarkan kempen pembersihan etnik ke atas
etnik Rohingya beragama Islam, lapor Human Rights Watch (HRW) yang
mengaitkan wujudnya perkuburan besar-besaran dan pengusiran melibatkan
puluhan ribu etnik tersebut.
Etnik Rohingya yang dinafikan kerakyatan mereka itu berdepan dengan
jenayah kemanusiaan seperti pembunuhan, penganiayaan dan pengusiran,
jelas HRW yang berpangkalan di New York.
Para pegawai pemerintah Myanmar, pemimpin komuniti dan sami Buddha
telah menganjur serta menggalakkan samseng-samseng yang dilindungi oleh
pihak berkuasa negeri untuk melakukan serangan terancang ke atas
perkampungan Islam di negeri Rakhine Oktober tahun lalu.
"Pemerintah Myanmar terlibat dalam kempen pembersihan etnik Rohingya
yang berterusan hingga ke hari ini dengan menyekat bantuan dan
pergerakan mereka," kata Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson.
Jurucakap Presiden Myanmar, Ye Htut bagaimanapun menegaskan
pemerintah tidak akan memberi perhatian terhadap laporan yang bersifat
sebelah pihak itu.
Pemerintah Myanmar sebaliknya menunggu laporan kajian suruhanjaya
rasmi yang ditubuhkannya untuk menyiasat keganasan tersebut. Namun,
pendedahan laporan itu sudah ditangguh beberapa kali.
Di Rakhine, lebih 125,000 orang etnik Rohingya dan penganut Islam
lain telah diusir. Mereka juga disekat daripada menerima bantuan
kemanusiaan dan dilarang pulang ke rumah masing-masing. - AFP
Ang Su Chin pun masih tak buat apa-apa. Tutup telinga dan buat-buat pekak je.
ReplyDeletekesian nya kat orang islam yang tertindas disana..
ReplyDeletesama sama kita berdoa untuk saudara seislam dgn kita disana..
Susah rasanya Ang Su Chin tu nak bantu coz dia punya kes pun tak setle-setle Lynnn..
ReplyDeleteYup tulah kak zu...ramai yang terinaya kat luar tu..dugaan umat islam...hanya doa yang mampu kita lakukan...
شركة نقل عفش بينبع
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالدمام
شركة نقل عفش بنجران
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل اثاث بابها
شركة نقل اثاث بحائل
شركة نقل اثاث ببريدة
شركة نقل اثاث بالقصيم
شركة نقل اثاث برابغ
ReplyDeleteشركة نقل عفش بشرورة
شركة نقل اثاث بعسفان
شركة نقل اثاث بتبوك
شركة نقل اثاث بالخبر
شركة نقل اثاث بالاحساء
شركة نقل اثاث بالقطيف
نقل عفش بجدة