"Jadi Islam" Untuk Menang Tiket Konsert Biever

 Biever Vs Beliebers


Sebuah program komedi siaran televisyen di Norway, "Anne Kat", memaparkan peminat-peminat Justin Bieber  'menjadi seorang Islam' semata-mata mahu memenangi tiket salah satu persembahan akan datang, bintang Pop remaja sensasi kelahiran Kanada itu.
 
Menurut Dagen, sebuah laman web berita Norway, program tersebut mencabar peminat-peminat Justin Bieber juga dikenali sebagai "beliebers," untuk membersihkan make-up mereka kemudian memakai tudung dan mereka dikehendaki membaca apa yang didakwa adalah satu kenyataan mengenai kepercayaan Islam dalam bahasa Arab dan membaca sekeping teks Bahasa Arab dengan kuat.

Program tersebut telah dikritik oleh pemimpin-pemimpin agama. Kontroversi tersebut timbul minggu lalu selepas Bieber didakwa 'tidak sensitif' selepas meninggalkan mesej dalam buku pelawat semasa melawat rumah Anne Frank di Amsterdam.
 
Bintang itu menulis di dalam buku log, "Anne adalahseorang gadis yang hebat. Mudah-mudahan dia akan menjadi Belieber.

@Malaysian Digest

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat