MENGENAI solat sebagai penawar jasmani dan rohani jelas dinyatakan
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abu Hurairah RA
bermaksud: Rasulullah SAW melihatku sedangkan aku tidur melingkar kerana
sakit perut, lalu Baginda berkata, asykam darda? Aku menjawab, betul
wahai Rasulullah SAW. Baginda berkata: Bangunlah lalu solat, kerana
solat adalah ubat."
Dalam kajian mengenai solat sebagai ubat atau penawar bagi perut yang
sakit, para ulama mengungkapkan sekurang-kurangnya ada beberapa alasan. Pertama, urusan Ilahi yang merupakan ibadat. Kedua, urusan jiwa iaitu
kerana jiwa yang merasa sakit terhibur dengan bersolat dan berkurangan
kesedihannya sebelum timbul kekuatan yang mengatasi rasa sakit.
Menurut Imam az-Zahabi, solat mempunyai manfaat semula jadi iaitu
seperti olahraga jiwa dan olahraga tubuh. Ini kerana solat menghimpun
antaranya berdiri, rukuk, sujud, ketundukan, perkumpulan, ikhlas,
ibadat, merendahkan diri, menghinakan diri dan lain-lain. Bersamanya bergerak sendi-sendi badan dan kebanyakan organ tubuh
menjadi lunak, terutama perut dan usus serta bantuannya yang paling kuat
dalam mendorong air seni dan menurunkan makanan dari lambung (perut).
Selain itu, solat berfungsi sebagai penawar dan ubat seperti
diungkapkan oleh al-Muwafaq Abdul Latif al-Baghdadi dalam kitab
Al-Arabain: Aku sungguh telah melihat sekumpulan mereka yang mempunyai
waktu luang dan kemewahan yang terjaga kesihatannya lalu mencari sebab
manfaatnya itu, maka aku mendapati mereka banyak solat dan tahajud." Al-Baghdadi juga menyatakan alangkah bermanfaatnya sujud untuk
penderita keadaan lemah fizikal, alangkah kuatnya bantuan sujud untuk
membuka sumbatan hidung, alangkah kuatnya bantuan sujud mematangkan air
seni dan menurunkan makanan dari lambung serta usus, dan menggerakkan
kotoran yang tertahan di dalamnya serta mengeluarkannya.
Sementara itu, Imam az-Zahabi menyatakan, kebanyakan yang dapat
digembirakan oleh solat itu adalah jiwa dan solat dapat menghilangkan
kesedihan. Solat juga dapat memadamkan api amarah, menyebabkan suka kepada
kebenaran dan sikap merendah diri kepada sesama manusia, menghaluskan
perasaan hati, menganjurkan memberi maaf dan membenci terhadap perkara
yang buruk dan bersifat dendam.
Imam az-Zahabi menyatakan lagi, banyak perkara yang bermanfaat
didapati dalam solat, iaitu berupa fikiran dan pengaturan yang tepat,
jawapan yang benar, membuat seseorang ingat apa yang telah lupa, lalu ia
berfikir tentang sumber-sumber perkara dan jalan-jalannya serta
kemaslahatan dunia dan akhirat.
Solat juga dapat menjadi saranan muhasabah diri, terutama waktu solat
malam (tahajud dan qiamullail), waktu hening sunyi, di mana kekuatan
alam rohani amat memberi manfaat bagi seseorang.
Ibnu Qayyim Rahimahullah dalam Al-Musnad berkata, bahawa Nabi SAW
apabila bersedih kerana suatu perkara, baginda melalukan solat. Kerana
Allah berfirman bermaksud: Ambillah pertolongan daripada kesabaran dan
solat. Menurut Ibnu Qayyim, manfaat solat juga membawa rezeki, menjaga
kesihatan, mengusir gangguan, menolak penyakit, memperkuat hati,
menyerikan wajah, menyenangkan jiwa, menghilangkan kemalasan, memotivasi
organ tubuh. Juga meningkatkan stamina, melapangkan dada, menyuntik
gizi pada rohani, menyinari jiwa, memelihara kenikmatan, menghilangkan
bencana, membawa berkat, menjauhkan daripada gangguan syaitan dan
mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Oleh kerana itu, Ibnu Qayyim menyimpulkan, bahawa solat mempunyai
pengaruh yang ajaib sekali dalam menjaga dan memelihara kesihatan
jasmani dan rohani seseorang serta dapat mengusir segala bentuk unsur
yang membahayakan. Apabila dua orang yang sama-sama terkena musibah atau diserang
penyakit, bala dan cubaan, pasti yang melakukan solat akan merasa lebih
ringan dan akibat yang dirasakan juga lebih aman dan selamat.
tq very gd sharing ni !
ReplyDeletePelbagai template dicuba...mana satulah idaman hati ni :D
ReplyDeleteBetullah Raudzah...tengok ajelah bila time period....walaupun rasa mcm relax sesanagt sebab tak solat tapi macm masih ada sesuatu yg dicari... jiwa rasa tak tenang...betul tak?
ReplyDeleteYou are most welcome KA...semoga kita semua dapat manafaatnya..
ReplyDeleteBM..he..he.susahnya nak pilih template yang betul-betul ad umppp..
Betul tu OKje..hikmah yang tersembunyikan..
شركة نقل عفش بحائل
ReplyDeleteشركة نقل عفش ببريدة
شركة نقل عفش بتبوك
شركة نقل عفش بالظهران
شركة نقل عفش برابغ
شركة نقل عفش بالباحه
شركة نقل عفش بعسير
شركة نقل عفش بالمجمعة
شركة نقل عفش بشرورة
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
ReplyDeleteشركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل اثاث بابها
شركة نقل عفش بنجران
ِشركة نقل عفش بحائل
شركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بالباحة