Kejam: Lemaskan Bayi Dalam Lubang Tandas

TANDAS tempat bayi perempuan ditemui, semalam.

Port Dickson: Seorang remaja perempuan bukan saja bertindak kejam dengan membuang bayi dipercayai baru dilahirkannya ke dalam lubang tandas, malah cuba melemaskan insan kecil itu dengan membuka paip air dalam kejadian di Dataran Sri Kemang, dekat sini, petang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, suspek dikatakan bersahaja keluar dari tandas awam dan sempat menoleh ke arah penjaga tandas yang menegurnya sama ada dia dalam haid selepas melihat seluarnya berdarah.

Mujur seorang wanita yang menggunakan tandas bersebelahan menyedari kejadian itu selepas melakukan pemeriksaan sejurus mendengar tangisan bayi berkenaan.

Wanita itu kemudian memaklumkan penemuan bayi berkenaan kepada suaminya sebelum mereka membuat laporan polis.

Penjaga tandas, Norfiah Norman, 46, berkata, dia dimaklumkan oleh wanita berusia 30-an itu mengenai penemuan seorang bayi perempuan di dalam lubang tandas dan hampir kelemasan.

Comments

  1. Manusia skrg hatinya sudah hitam, sanggup bunuh darah daging sendiri.....semata2 nak tutup malu dgn manusia tapi tak takut pd Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul tu zana..lansung tak ada rasa bersalahkan...Nauzubillah

      Delete
  2. ya Allah, kejamnya makhluk Mu itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul siti..teramat kejam...tak atau macammana nak describe..

      Delete
  3. Senangnya nak beranak...kalau yang sah kawen bukan main susah nak beranaknya hehe...itulahkan ketakutan mengatasi segala2nya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat