DUA daripada lima mayat mangsa yang terkorban dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Shah Alam semalam.
Kemalangan Ngeri Awal Pagi
Lima lelaki terbunuh dengan dua daripada mereka putus
kaki dalam kemalangan membabitkan empat buah motosikal dan dua buah
kereta di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang
berhampiran sebuah stesen Petronas selepas Plaza Tol Batu 3 di sini
semalam.
Lima mangsa yang terkorban dalam kemalangan ngeri pada pukul 3 pagi
itu ialah Mohd. Faridzuan Mohd. Aziz, 21, Amirul Faiq Zainuddin, 22,
Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, 21, M. Kalaychelven, 50, dan Wilson
Lee, 22.
Turut putus kaki, Kalaychelven dan Amirul Faiq.
KENDERAAN yang terbabit kemalangan di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayop berkata,
mengikut siasatan, sebelum kemalangan, pemandu kereta Honda City
bernombor pendaftaran BHW 8678 dipandu Wilson Lee yang dalam perjalanan
dari Shah Alam menuju ke Klang hilang kawalan ketika tiba di lokasi
kejadian.
ORANG ramai di tempat kejadian.
“Kereta Honda itu berpusing beberapa kali sebelum terbabas lalu
melanggar tiga buah motosikal yang masing-masing bernombor pendaftaran
AFB 5586, BKK 892 dan BJY 1340 yang berhenti di lorong kecemasan kerana
salah sebuah motosikal itu dipercayai mengalami kerosakan,” kata beliau
pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini
semalam.
Terbaca pasal ni... Ada yg kata pemandu kereta tu mabuk. Tapi mcmne pula motor ada di highway pula, tidak di jalan motorsikal. Kalau sudah ajal...itu semua penyebabnya sahaja.
ReplyDeleteNgerinyer baca berita ini !
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة نقل عفش
اهم شركات مكافحة حشرات بالخبر كذلك معرض اهم شركة مكافحة حشرات بالدمام والخبر والجبيل والخبر والاحساء والقطيف كذلك شركة رش حشرات بالدمام ومكافحة الحشرات بالخبر
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تنظيف خزانات بجدة الجوهرة من افضل شركات تنظيف الخزانات بجدة حيث ان تنظيف خزانات بجدة يحتاج الى مهارة فى كيفية غسيل وتنظيف الخزانات الكبيرة والصغيرة بجدة على ايدى متخصصين فى تنظيف الخزانات بجدة
شركة تنظيف خزانات بجدة
شركة كشف تسربات المياه بالدمام
شركة نقل عفش واثاث