ANGGOTA penyelamat dan orang awam berkerumun
di kawasan bangunan lapan tingkat yang menempatkan kilang pakaian di
pinggir Dhaka yang runtuh, semalam. - Foto AP
Savar: Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh, manakala lebih 700
cedera apabila sebuah bangunan lapan tingkat yang menempatkan beberapa
kilang pakaian runtuh berhampiran ibu negara Bangladesh pagi semalam,
kata pegawai.
Seorang pekerja di bangunan Rana Plaza, Abdur Rahim berkata, kira-kira 2,000 pekerja berada di bangunan itu apabila tingkat atas bangunan terbabit runtuh dan menimpa tingkat di bawahnya dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi waktu tempatan.
Retakan berlaku sehari sebelum kejadian dan sudah dilaporkan oleh rangkaian berita tempatan. Mereka enggan memasuki bangunan itu, kata beliau yang bekerja di tingkat lima.
Seorang pekerja di bangunan Rana Plaza, Abdur Rahim berkata, kira-kira 2,000 pekerja berada di bangunan itu apabila tingkat atas bangunan terbabit runtuh dan menimpa tingkat di bawahnya dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi waktu tempatan.
Retakan berlaku sehari sebelum kejadian dan sudah dilaporkan oleh rangkaian berita tempatan. Mereka enggan memasuki bangunan itu, kata beliau yang bekerja di tingkat lima.
Bagaimanapun, Abdur Rahim berkata, pengurus kilang memberi
jaminan bangunan itu tiada masalah, yang menyebabkan mereka memasukinya,
katanya.
Kira-kira sejam selepas kami bekerja, bangunan runtuh tiba-tiba. Ia
seperti gempa bumi, katanya yang menambah, ramai lagi mangsa masih
terperangkap.
Kejadian itu mengingatkan semula tragedi kebakaran di kilang pakaian November lalu yang mengorbankan 112 orang dan membangkitkan desakan mengenai keselamatan dalam industri pakaian negara itu.
Sukarelawan cari mangsa
Kejadian itu mengingatkan semula tragedi kebakaran di kilang pakaian November lalu yang mengorbankan 112 orang dan membangkitkan desakan mengenai keselamatan dalam industri pakaian negara itu.
Sukarelawan cari mangsa
Berpuluh ribu orang berkumpul di tempat kejadian, sebahagian daripada mereka mangsa terselamat yang menangis, sebahagiannya mencari anggota keluarga. Pasukan bomba dan tentera mengguna mesin penggerudi dan kren bekerjasama dengan sukarelawan mencari mangsa daripada bangunan itu.
Menteri Kesihatan, A F M Ruhal Haque berkata menjelang tengah hari semalam, 100 dipercayai mati dalam runtuhan bangunan di Savar, pinggir Dhaka. Brig Jeneral Mohammed Siddiqul Alam Shikder, berkata 600 lagi berjaya diselamatkan.
Kami menghantar dua orang ke dalam bangunan dan menyelamatkan sekurang-kurangnya 20 orang hidup-hidup. Mereka juga memberitahu kami sekurang-kurangnya 100 hingga 150 orang cedera dan 50 mayat masih terperangkap, kata penyelia salah satu kilang pakaian itu, Mohammad Humayun.
Anggota bomba dan tentera bertungkus-lumus menggali di celah runtuhan bagi mencari mangsa yang terselamat. Sebahagian besar struktur konkrit kelihatan mempunyai kesan pecah seperti ranting. Helaian kain berwarna-warni diikat dengan tingkat atas runtuhan, bagi membolehkan mereka yang terperangkap turun menyelamatkan diri.
Tangan terjulur
Sebelah tangan kelihatan terjulur dari runtuhan. Mayat seorang wanita diselaputi debu juga dapat dilihat di bahagian runtuhan lain. Seorang anggota bomba membawa mayat remaja daripada kawasan itu.
Rahim berkata, ibu dan bapanya, yang bekerja bersamanya di kilang itu, terperangkap. Saya tidak tahu apa yang berlaku, katanya.
@Berita Harian
salam takkziah buat mereka yer
ReplyDeleteMalang tak berbau KA..mesti menyesal gila owner tu benarkan dia orang masuk..
ReplyDeletecelaka siapa yang tahu
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة نقل عفش
اهم شركات مكافحة حشرات بالخبر كذلك معرض اهم شركة مكافحة حشرات بالدمام والخبر والجبيل والخبر والاحساء والقطيف كذلك شركة رش حشرات بالدمام ومكافحة الحشرات بالخبر
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تنظيف خزانات بجدة الجوهرة من افضل شركات تنظيف الخزانات بجدة حيث ان تنظيف خزانات بجدة يحتاج الى مهارة فى كيفية غسيل وتنظيف الخزانات الكبيرة والصغيرة بجدة على ايدى متخصصين فى تنظيف الخزانات بجدة
شركة تنظيف خزانات بجدة
شركة كشف تسربات المياه بالدمام
شركة نقل عفش واثاث
ReplyDeleteنقل عفش شركة المتحدة
دليل شركات نقل العفش
دليل شركات نقل العفش
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بالرياض
شركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بمكة
نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالطائف