Proses Mengundi Bermula Hari Ini
Anggota tentera, polis tunai hak sebagai pengundi awal hari ini
                
Seorang
 anggota polis dicalit sebelum diberikan kertas undi. Pengundian awal 
melibatkan anggota polis dan tentera serta pasangan masing-masing 
diadakan hari ini. - Foto Sinar Ha
Mereka terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan serta 111,136 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing.
Kesemua pusat mengundi itu yang melibatkan 882 saluran tempat mengundi dibuka bermula pukul 8 pagi ini termasuk di ibu pejabat polis kontinjen dan ibu pejabat polis daerah bagi polis serta kem tentera untuk warga ATM.
Sebahagian
 daripada anggota polis beratur di luar Ibu Pejabat Polis Kontinjen 
Selangor hari ini. Pengundian awal berlangsung hari ini. - Foto Sinar 
Harian oleh SAFWAN MANSOR
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata untuk undi awal ini pengundi akan dicalit dakwat kekal pada jari telunjuk sebelah tangan kiri.
Katanya dakwat kekal itu berbeza warnanya berbanding pada hari pengundian Ahad ini dan akan melekat di jari selama tujuh hari.
Undi awal dilaksanakan buat pertama kali pada PRU13 berikutan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 iaitu kategori orang yang boleh mengundi awal. - Bernama
(Dari
 kiri) Koperal Jurina Jamaludin, Lans Koperal Poomawvathi, Koperal Helne
 Ondui menunjukkan jari selepas mengundi awal hari ini - Foto Sinar 
Harian oleh ZULFADHLI ZAKI

 
 
Selamat menjalankan tanggungjawab kepada negara.
ReplyDeleteSelamat mengundi!!!
ReplyDelete