PRU13: SPR Tetapkan 20 April Penamaan Calon, 5 Mei Undi
5 Mei : Tarikh Keramat
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai
hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.
Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April. Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi. Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.
Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz
Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi
kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok.
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun. SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh
pengundian dan pencalonan bagi PRU13 selepas Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu
dan Dun antara 3 dan 5 April.
Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137
kerusi, selebihnya DAP (29), Pas (23), PKR (23), Parti Sosialis
Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita)
masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen
Bebas.
Abdul Aziz berkata, SPR telah menerima pengisytiharan oleh Yang
di-Pertuan Agong pada 3 April 2013 berhubung pembubaran Dewan Rakyat.
Semua Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 5
April dan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu
mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh
pembubaran. Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.
Abdul Aziz berkata, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan esok dan notis pilihan raya pada Jumaat, 12 April. Beliau berkata, berdasarkan daftar pemilih, terdapat 12,992,661 pemilih biasa dan 275,341 pengundi awal.
Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara). Abdul Aziz berkata, sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya.
Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara). Abdul Aziz berkata, sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian PRU13 melibatkan 234,905 petugas pilihan raya.
Untuk tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 tempat/saluran mengundi. Bagi pengundian biasa, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran
mengundi akan disediakan, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat
mengundi dengan 882 tempat/saluran mengundi.
Empat peraturan baharu akan diperkenal pada pilihan raya kali ini ke
arah penambahbaikan proses pengundian iaitu penggunaan dakwat kekal;
pengundian awal oleh anggota polis dan tentera menggantikan undi pos;
membenarkan orang kurang upaya (OKU) membawa orang dipercayai untuk
membantu semasa pengundian, serta pemansuhan proses bantahan dan
penarikan balik pencalonan.
Peraturan itu dilaksanakan berikutan pindaan terhadap
Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981
(Pindaan) 2012 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos)
2003 (Pindaan) 2012.
Ia diwartakan tahun lepas. Peraturan dakwat kekal mewajibkan setiap
individu yang ingin mengundi untuk dicalit jari telunjuk kiri mereka
sebelum diberikan kertas undi. Bagi pengundi yang enggan mematuhi
peraturan itu, kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada mereka.
Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia, semua
petugas media termasuk wartawan, jurugambar, jurukamera dan juruteknik
yang bertugas di luar kawasan berdaftar mereka, juga layak memohon untuk
mengundi awal.
Source
Source
selamat mengundi pada semua yang layak nanti.
ReplyDeleteSelamat Mengundi to you too..Denaihati
ReplyDelete