GAMBAR fail menunjukkan Prince (kanan) dan Paris (kiri) bersama Jackson semasa mereka melawat sebuah zoo di Berlin pada tahun 2002.- REUTERS
Paris Jackson yang merupakan anak perempuan kepada
penyanyi yang digelar sebagai Raja Pop, mendiang Michael Jackson
akhirnya mendedahkan punca dia dan dua saudara kandungnya memakai topeng
selama bertahun-tahun semasa mereka masih kecil, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Menurut Paris, dia, abangnya dan seorang adik lelaki tirinya memakai topeng supaya wajah mereka tidak dilihat oleh orang ramai. Gadis yang berusia 15 tahun berkata, Jackson mahu anak-anaknya menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak normal yang lain.
"Dia (Jackson) tidak mahu orang ramai melihat rupa kami. "Bapa juga
mahu kami memiliki apa yang dia tidak boleh kecapi iaitu zaman
kanak-kanak yang normal," katanya kepada akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.
Jackson yang popular dengan lagu Beat it itu terkenal kerana kerap melindungi wajah anaknya dengan menggunakan topeng atau memakai tudung bagi mengelakkan mereka daripada dikenali orang ramai. Penyanyi itu juga terkenal pada zaman kanak-kanaknya menerusi kumpulan The Jackson 5 pada tahun 1960-an.
Paris dan abangnya Prince Michael Jackson I yang berusia 16 tahun merupakan anak hasil perkahwinan Jackson dengan Debbie Rowe. Jackson juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Prince Michael Jackson II yang kini berusia 11 tahun.
Jackson II dikatakan dilahirkan oleh seorang ibu tumpang. Jackson meninggal dunia ketika dia berusia 50 tahun akibat pengambilan berlebihan ubat bius propofol di rumah sewanya di sini pada 25 Jun 2009. - Agensi
Jackson II dikatakan dilahirkan oleh seorang ibu tumpang. Jackson meninggal dunia ketika dia berusia 50 tahun akibat pengambilan berlebihan ubat bius propofol di rumah sewanya di sini pada 25 Jun 2009. - Agensi
camtu ker kisahnya, thanks yer baru tau nie..
ReplyDeleteHa..ha..camtulah kot Asmar...nway thanks for reading ya...
Deletejadi glemer sangat pun susahkan Raudzah.... baik jadi org biasa aje le..hehe
ReplyDeleteYup betul tu OKje..jadi orang-orang biasa macam kita kan ok..tak ada sapa nak kisahkan..he..he
Deleteok mcam tu ke ! patut pun...
ReplyDeleteSusah jadi popular nikan KA...macam psycho pulak...
ReplyDelete