Rias kuku di kaki lima
LAGOS - Aktiviti merias kuku kebiasaannya dilakukan di salun
kecantikan tetapi di Nigeria, perkhidmatan kosmetik tersebut boleh
diperolehi di kaki lima pada harga berpatutan.
Di ibu kota Nigeria di sini semua rawatan kuku itu dapat dinikmati
oleh semua lapisan masyarakat. Senario tersebut jauh berbeza dengan
beberapa tempat lain di dunia yang mana merias kuku terhad golongan kaya
atau sederhana.
"Merias kuku adalah untuk semua orang," kata seorang pendandan kuku, Bashir Haruna di sini. Selain merias kuku, Bashir turut melakukan kerja buruh kasar untuk mendapatkan wang tambahan. Menurutnya, dia merias kuku kaki dan tangan pelanggan dengan bayaran serendah AS$0.37 (RM1.15).
Kebanyakan perias kuku di sini terdiri etnik Hausa yang beragama Islam dan berasal dari utara Nigeria.
Rata-rata, etnik tersebut merupakan golongan miskin berbanding penduduk Kristian di negara itu. - Agensi
@Kosmo
شركة نقل اثاث برابغ
ReplyDeleteشركة نقل عفش بشرورة
شركة نقل اثاث بعسفان
شركة نقل اثاث بتبوك
شركة نقل اثاث بالخبر
شركة نقل اثاث بالاحساء
شركة نقل اثاث بالقطيف
نقل عفش بجدة