
Zikir Penghapus Dosa
Istighfar bermaksud meminta keampunan kepada Allah SWT. Istighfar juga
membawa maksud meminta dilindungi segala kesilapan, kesalahan dan
memohon dibangkitkan dari alam kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban
dilakukan tidak terdedah atau terbuka kepada umum. Firman Allah
SWT: “Dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau
menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun
terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa
selain daripada Allah?” (Surah al-Imran, ayat 135) Sehubungan itu, kita perlu mengingatkan diri serta orang lain mengenai azab Allah dan memohon keampunan dengan berzikir (istighfar) kepada Allah SWT supaya ditutupi segala dosa atau keaiban kita.
Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan memohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun” Surah al-Nasr (ayat 3)
Mukmin yang derhaka perlu yakin bahawa dosanya akan diampunkan dan dilindungi daripada pandangan orang ramai dengan syarat mereka perlu menyesali serta bertaubat bermula dari hati yang insaf terhadap kesilapan dilakukan.
Kemudian bertekad dengan sepenuh hati untuk tidak melakukan dosa lagi. Lakukan dengan seikhlas hati dan berterusan. Insya-Allah, Allah akan menerima taubat serta menyembunyikan segala keaiban serta diberi keupayaan untuk menentang kejahatan jika terlintas di hati melakukannya kembali.
Perlu juga ada perasaan malu dan gerun dalam hati kepada Allah untuk mengulangi kesilapan itu. Jika ini berjaya dilakukan, kita akhirnya menjadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT.
Pesanan Imam Al-Bukhari, zikir adalah tugas harian setiap Muslim kerana dengan zikir ia akan mendatangkan kekuatan dan ketenangan. Maka berzikirlah setiap masa supaya Allah sentiasa ingatkan kita setiap masa.
Allah berfirman: “Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.” (Surah al-Ahzab, ayat 35)
Membaca posting ini juga hati jadi tenang
ReplyDeleteTerima Kasih Raudzah...kerana memberi peringatan ini...Okje mudah lupa hehe
ReplyDeleteDah tukar eh kotak komen?Ha.... barulah senang sikit hehe
ReplyDeleteThanks Nurul for reading..
ReplyDeleteYou are most welcome Okje..peringatan untuk kita yang mudah lupa jugak okje..dah tukar coz Okje dah complain hari tu..he..he