Breaking News

Thursday, May 23, 2013

Cuaca Panas Penyebab Strok Matahari

Kurangkan Aktiviti Luar Rumah Semasa Cuaca Panas, Elak Strok Matahari 


 Cuaca Panas Melampau 


Orang ramai terutama kanak-kanak dinasihat mengurangkan aktiviti di luar rumah semasa cuaca panas sekarang bagi mengelakkan terkena 'sunstroke' atau strok matahari yang menyebabkan seseorang pengsan.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Perubatan Malaysia, Dr H. Krishna Kumar berkata keadaan itu berlaku antaranya disebabkan panas matahari yang menyerap cairan daripada badan mengakibatkan mereka mengalami dehidrasi.

"Walaupun minum banyak air tetap tidak digalakkan melakukan aktiviti di luar rumah kerana air lebih cepat terserap melalui peluh yang dihasilkan. "Lebih teruk jika terjadi kepada kanak-kanak kerana sistem pertahanan tubuh mereka tidak sekuat golongan dewasa," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Pakar perubatan Hospital Pantai Kuala Lumpur Dr David Quek Kwang Leng menyarankan penghidap penyakit berbahaya seperti diabetes, jantung dan buah pinggang berunding dengan pakar masing-masing bagi mengetahui cara penjagaan diri semasa cuaca panas.

"Mereka yang normal dan menghidap penyakit serius mempunyai kondisi badan yang berbeza. Maka penjagaan diri mereka juga harus lebih mendalam," katanya. Beliau berkata jika kebiasaannya masyarakat perlu minum seliter air setiap hari, ketika cuaca panas orang ramai disaran minum antara satu setengah dan dua liter termasuk pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak. Katanya selain kerap mandi untuk menyejukkan badan, penggunaan krim pelindung cahaya matahari juga dapat membantu melindungi kulit daripada terbakar.   

Laman web The Star.com pada Selasa memetik Jabatan Meteorologi Malaysia yang mengatakan cuaca panas dan kering di Lembah Klang sekarang boleh dikaitkan dengan perubahan pola angin dan kesan ribut Mahesan di Teluk Bengal. Keadaan itu dijangka berubah apabila pola angin stabil dengan peralihan monsun hujung bulan ini yang diramal membawa lebih banyak hujan. "Pada masa sekarang, suhu di Lembah Klang secara purata mencatatkan 35 darjah Celcius," lapor laman web itu. -BERNAMA


3 comments:

  1. assalam,

    memang cuaca panas sangat sekarang, sedangkan duduk dirumah pun terasa bahangnya apalagi membuat aktiviti luar..

    ReplyDelete

  2. شركة نقل عفش بالرياض وجدة والدمام والخبر والجبيل اولقطيف والاحساء والرياض وجدة ومكة المدينة المنورة والخرج والطائف وخميس مشيط وبجدة افضل شركة نقل عفش بجدة نعرضها مجموعة الفا لنقل العفش بمكة والخرج والقصيم والطائف وتبوك وخميس مشيط ونجران وجيزان وبريدة والمدينة المنورة وينبع افضل شركات نقل الاثاث بالجبيل والطائف وخميس مشيط وبريدة وعنيزو وابها ونجران المدينة وينبع تبوك والقصيم الخرج حفر الباطن والظهران
    شركة نقل عفش بجدة
    شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
    شركة نقل اثاث بالرياض
    شركة نقل عفش بالدمام
    شركة نقل عفش بالطائف
    شركة نقل عفش بمكة
    شركة نقل عفش بينبع

    ReplyDelete

Designed By