Breaking News

Tuesday, May 7, 2013

Gigit anjing untuk selamatkan isteri

Bergelut dengan anjing untuk selamatkan isteri 


Seorang lelaki bertindak menggigit seekor anjing untuk menghentikan haiwan itu daripada menyerang isterinya. Laine Henry bertindak demikian selepas anjing jenis Labrador itu menggigit hidung isterinya, Caren, hingga putus.

Kejadian berlaku Ahad lalu ketika pasangan berkenaan bersiar-siar bersama anjing peliharaan mereka di Madrid, Iowa. Anjing itu yang muncul secara tiba-tiba dari kawasan semak membaham betis kanan Caren sebelum menggigit perut dan kemudian menyerang muka mangsa.


“Ia menerkam mata saya. Mujur saya memakai cermin mata. Saya percaya cermin mata itu menyelamatkan mata saya. “Ia kemudian menggigit hidung saya hingga putus,” kata Caren.

Foto HENRY bersama isteri, Caren di hospital, semalam.

Henry berkata, dia menepa ke arah anjing itu dan cuba menariknya dan menyasarkan mulut haiwan itu untuk memaksa ia melepaskan gigitannya pada muka Caren. Tindakannya itu menyebabkan anjing berkenaan membaham tangan kirinya dan kembali menyerang Caren. 

Dalam satu tindakan aneh, Henry menggigit hidung anjing itu, menyebabkan haiwan berkenaan melepaskan cengkamannya pada Caren, kata pasangan itu kepada akhbar Des Moines Register. Pasangan itu kemudian meluru ke trak mereka dan memandu terus ke sebuah hospital berhamprian. Henry dirawat kerana kecederaan di tangan tetapi nasib Caren lebih malang kerana terpaksa menjalani rawatan lebih lama.  

Sehingga ini dia sudah menjalani satu pembedahan. Doktor akan menggunakan kulit dahinya dan beberapa bahagian lain serta rawan telinga untuk membentuk semula hidungnya. “Keadaan mungkin lebih teruk. Jika bukan kerana cermin mata itu, saya mungkin kelihatan sebelah mata. “Jika anjing itu menyasarkan leher saya, saya mungkin sudah mati,” kata Caren. 

 Pihak berkuasa berjaya menangkap anjing berkenaan dan kini dikurung selama enam minggu. Pemilik haiwan itu, seorang gelandangan tempatan dilapor jarang memberi anjing itu makan. - Daily Mail

8 comments:

  1. Sehidup semati ni. Nasib baik dia bukan islam. Kalau tidak macam mana nak sertu dan samak tu

    ReplyDelete
  2. ni namanya kasih kepada isteri.. terharunya..

    ReplyDelete
  3. sayangnya suami trhadap suaminya..:)

    ReplyDelete
  4. untung dpt suami yng maca nikan !

    ReplyDelete
  5. kenapa tak langsung bunuh saja anjing tuh

    ReplyDelete

  6. شركة سكاي لخدمات نقل العفش والاثاث بالمنطقة العربية السعودية نحن نوفر خدمات نقل اثاث بالرياض ونقل عفش بالمدينة المنورة ونقل عفش بمكة ونقل عفش بالطائف نحن نقدم افضل نقل اثاث بخميس مشيط ونقل عفش بجدة
    شركة سكاي نقل العفش
    مدونة لنقل العفش
    شركة نقل عفش بمكة
    شركة نقل عفش بالرياض
    شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
    شركة نقل عفش بجدة
    شركة نقل عفش بالطائف
    شركة نقل عفش بالدمام

    ReplyDelete

Designed By