Guru Besar Di Belasah Sebab Tegur Kelas Bising

Guru besar kena gomol sebab tegur kelas bising

Gara-gara tidak boleh menerima teguran,  guru lelaki dari sebuah sekolah rendah di Air Itam, dipercayai bertindak mencederakan guru  besar  di tangan dan belakang kepala.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, ia dikatakan berpunca selepas guru besar yang melalui sebuah kelas terdengar bunyi bising sebelum menegur guru kelas berkenaan.

Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran dan berlaku sedikit pertengkaran antara mereka sebelum guru besar cuba merakam suasana dalam kelas itu menggunakan telefon bimbitnya.

Ketika itu, guru kelas berang dan menggomol guru besar sambil diperhatikan murid termasuk darii kelas terbabit. Mereka hanya mampu melihat aksi kedua-dua guru berkenaan.

Suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan itu setelah kedua-dua tangan dan belakang kepala guru besar cedera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar terbabit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan turut membuat laporan polis mengenai  kejadian itu.

"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu. Guru terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan," katanya. 

Comments

  1. Nurfaezah AbdullahMay 16, 2013 at 1:48 AM

    bohhhh habis lah career cikgu yang membelasah tu.. tu lahh x pakai otak. kan dah ruin reputation diri..

    ReplyDelete
  2. Inilah jadi bila calon jadi cikgu stok sisa2. Orang2 pandai semua nak jadi saintis doktor. Yang mendak2 ni nak jadi contoh dan pendidik anak bangsa. Macam mana anak murid nak buat contoh?


    Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Moga2 makin ramai cikgu beretika di negara kita semula. Macam zaman2 dulu

    ReplyDelete
  3. Sukar nak control hot temper..nanti murid-murid ikut sama

    ReplyDelete
  4. Kan fae...camnelah cikgu ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat