Main gitar ketika dibedah
CARTER mampu bermain gitar kegemarannya semasa pembedahan otak dijalankan.
Los Angeles: Sebuah hospital semalam mencipta sejarah kerana
menyiarkan secara langsung pembedahan otak pesakit mereka melalui
kemudahan perkongsian video terkini Twitter, Vine.
Melalui siaran langsung itu, orang ramai dapat melihat Brad Carter,
39, gembira memetik gitar di atas katil ketika doktor membedah
kepalanya. Dalam pembedahan itu, pakar bedah memasukkan perentak
(pacemaker) ke otak Carter bagi mengatasi kesan penyakit Parkinson
dialaminya. Tidak sesuai untuk orang yang lemah semangat, tweet
mengenai pembedahan itu turut disertakan dengan video memaparkan setiap
tahap prosedur berkenaan.
Walaupun klip itu cuma singkat, kandungannya tetap mengerikan. Carter disahkan menghidap Parkinson selepas dia mengalami masalah goyangan tangan tak terkawal pada 2006 yang menyebabkan dia tidak mampu bermain gitarnya. Pembedahan itu membabitkan rangsangan di kawasan otak dan mengimplan perentak otak bagi merawat pergerakan tangan Carter.
Ketika pembedahan berlangsung, Carter tidak dibius keseluruhan badan bagi membolehkan dia bermain gitar dan membantu doktor meletakkan elektrod ke tempat yang tepat. Siaran langsung itu diadakan kerana meraikan pembedahan otak ke-500 di Pusat Perubatan UCLA Ronald Reagan.
Tenang
شركة نقل العفش بالمدينة المنورة
ReplyDeleteارخص شركات نقل العفش بالدمام
شركة غسيل الفلل بالدمام
شركة غسيل كنب بالدمام
نقل العفش بمكة
شركة مكافحة حشرات بالدمام
https://trello.com/jumperads
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل عفش بالخرج