Breaking News

Saturday, May 18, 2013

Maut Digilis Traktor


Maut digilis traktor 
  Mangsa digilis oleh traktor dan ditemui maut di kawasan bertanda bulat.
 

Kegembiraan tiga pelajar lelaki berusia 15 tahun dikatakan memandu traktor di kawasan tanah lapang di sebuah sekolah agama di sini berubah menjadi tragedi apabila salah seorang dari mereka terbunuh apabila terjatuh daripada kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang kelmarin apabila mangsa dan dua lagi rakannya dikatakan memandu traktor diletakkan di belakang kawasan sekolah itu.


"Tiba-tiba traktor yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh bangsal berdekatan.
"Traktor dinaiki ketiga-tiga pelajar ini hilang kawalan, dua daripada rakannya sempat melompat menyelamatkan diri, bagaimanapun mangsa gagal," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mangsa dikatakan terjatuh akibat daripada hentakan pelanggaran sebelum terpelanting dan maut digilis traktor berkenaan.
Remaja berkenaan dipercayai maut akibat kecederaan dalaman dan tulang belakang.
 
Menurut sumber, mangsa dikebumikan di kampung datuknya di Kuala Ketil jam 10.45 pagi semalam, bagaimanapun sehingga kini polis masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian.
Katanya, mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Kulim bagi mengenalpasti punca kematian dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

Traktor berkenaan sebelum ini digunakan untuk kerja-kerja menambak dan meratakan tanah bagi menaiktaraf sekolah agama berkenaan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Ahmad Ridwan Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.09 petang berhubung kejadian malang itu.

“Apabila tiba di sana, kami mendapati mangsa berada di bawah tayar traktor dalam keadaan kaku. Saya kemudiannya mengarahkan anggota menarik traktor berkenaan bagi mengeluarkan mangsa.
"Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan hospital yang berada di tempat kejadian," katanya.

2 comments:


  1. شركة نقل عفش بالرياض وجدة والدمام والخبر والجبيل اولقطيف والاحساء والرياض وجدة ومكة المدينة المنورة والخرج والطائف وخميس مشيط وبجدة افضل شركة نقل عفش بجدة نعرضها مجموعة الفا لنقل العفش بمكة والخرج والقصيم والطائف وتبوك وخميس مشيط ونجران وجيزان وبريدة والمدينة المنورة وينبع افضل شركات نقل الاثاث بالجبيل والطائف وخميس مشيط وبريدة وعنيزو وابها ونجران المدينة وينبع تبوك والقصيم الخرج حفر الباطن والظهران
    شركة نقل عفش بجدة
    شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
    شركة نقل اثاث بالرياض
    شركة نقل عفش بالدمام
    شركة نقل عفش بالطائف
    شركة نقل عفش بمكة
    شركة نقل عفش بينبع

    ReplyDelete

Designed By