Nenek maut ditinju cucu sendiri
MAYAT Che Minah (gambar kecil) dibawa menggunakan jip polis di Tumpat semalam.
Seorang warga emas berusia 84 tahun maut dalam keadaan
menyayat hati selepas ditumbuk beberapa kali di bahagian muka oleh
cucunya di Kampung Pasir Pekan Hilir dekat sini semalam.
Mangsa, Che Minah Che Hassan, yang sudah uzur meninggal dunia
selepas cedera parah akibat dibelasah suspek berusia 35 tahun itu. Lelaki terbabit turut bertindak ganas dengan menumbuk bertubi-tubi
ibu kandungnya, Che Rahmah Che Will, 61, sehingga cedera dan terpaksa
dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.
Difahamkan, suspek ‘naik angin’ secara tiba-tiba lalu menyerang nenek
serta ibunya di dalam rumah mereka dalam kejadian kira-kira pukul 6.45
pagi itu. Menurut menantu mangsa, Mohd. Ghani Zakaria, 46, dia menyedari
kejadian tersebut selepas mendengar jeritan suspek yang tinggal
bersebelahan rumahnya.
“Ketika itu saya sedang bersiap untuk ke tempat kerja. Apabila mendengar jeritan itu saya terus bergegas ke rumah mereka. “Bagaimanapun, suspek yang dalam keadaan berang menghalang saya
masuk. Ketika itu saya ternampak ibu mertua saya terbaring kaku manakala
Che Rahmah duduk dengan mukanya cedera,” katanya ketika ditemui di sini
semalam.
Menurut Mohd. Ghani, dia kemudian terus menghubungi pihak polis yang bertindak menahan anak saudaranya itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, pemangku Superintendan
Zaharudin Rasip berkata, suspek sebelum ini pernah dirawat sebagai
pesakit mental di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Perak dan Wad
Psikiatri HPRZ II.
“Suspek baru sahaja selesai menjalani rawatan mental di hospital tersebut sejak dua tahun lalu. “Dia kini ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dia mengamuk,” katanya ketika ditemui di sini.
Ujarnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
iaitu kesalahan membunuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana
mendatangkan kecederaan.
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالدمام
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالطائف
شركة نقل عفش بالرياض
شركة نقل عفش بينبع
نقل العفش والتخزين
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بالدمام
ReplyDeleteشركة نقل عفش بجدة
شركة نقل العفش بالمدينة المنورة
نقل العفش بالرياض
نقل عفش بالدمام
شركات نقل اثاث بالدمام
شركة نقل اثاث بالخبر
شركة نقل عفش بجدة