Perang Masjid Gegar Iraq

Perang masjid gegar IraqOrang ramai membantu mangsa serangan bom di masjid dekat Baquba 50 kilometer ke timur laut Baghdad kelmarin, mengorbankan 43 orang dan mencedera beratus-ratus yang lain, hujung minggu lalu. Serangan ke atas masjid puak Sunnah dan Syiah di Iraq semakin meningkat sejak kebelakangan ini, tetapi tidak dapat dipastikan pihak yang bertanggungjawab. - Foto REUTERS




Serangan maut ke atas puak Sunnah, Syiah meningkat

Serangan maut militan ke atas masjid golongan Sunnah dan Syiah menggunakan senjata daripada bom hingga peluru mortar semakin meningkat di Iraq.

Berpuluh-puluh serangan tahun ini menimbulkan ketegangan mazhab yang memang sudah keruh antara minoriti Sunnah dan majoriti Syiah, dan menyebabkan jemaah tidak mengunjungi masjid lagi.

Rakyat Iraq hidup berdepan dengan keganasan hampir setiap hari sejak pencerobohan diketuai Amerika Syarikat pada 2003 yang menumbangkan bekas Presiden Saddam Hussein.

Militan masih serang pasukan keselamatan

Militan masih menyerang pasukan keselamatan dan penduduk awam hampir setiap hari dan kini mereka turut melancarkan serangan ke atas masjid. Dalam salah satu serangan paling berdarah, dua bom meletup berhampiran masjid Sunnah Saria di Baquba, utara Baghdad, selepas solat Jumaat lalu.

Sebutir bom meletup ketika jemaah meninggalkan masjid dan yang kedua meletup selepas orang ramai berkumpul di tempat letupan pertama, membunuh 41 orang. Serangan berlaku selepas pengebom bunuh diri meletupkan bahan letupan yang dipasang pada tali pinggang Khamis lalu di pintu masuk ke al Zahraa husseiniyah, lokasi anggota keluarga menerima ucapan takziah bagi mangsa keganasan sehari sebelum itu.

Pengeboman itu meragut 12 nyawa dan berlaku banyak lagi serangan seumpama itu. “Saya tidak lagi pergi solat selepas penutupan masjid berhampiran rumah kerana serangan,” kata pemuda Sunnah, Ihsan Ahmed, 25.

Bom membunuh bilal yang melaungkan azan di masjid berkenaan dua minggu lalu, kata Ahmed. “Semua itu berlaku di depan mata saya. Bagaimana saya hendak pergi ke masjid lagi? Malah isteri dan anak saya melarang saya ke masjid,” katanya.

Comments

  1. Apa nak jadi dengan Iraq ni..
    Inilah namanya kebebasan ..hahaha

    ReplyDelete
  2. So True Fairul..inilah keadaan akhir zaman..masjid ahkirnya ditinggalkan.

    Kebebasan yang tak sepatutnya berlaku hanif..lain yang diimpi lain yang dapat..hmm

    ReplyDelete
  3. Hish....asyik nak berperang je diaorang ni ...

    ReplyDelete
  4. That's why Okje..last time dah di kerjakan American, sekarang dia orang pulak bergaduh sesama sendiri.bilah nak aman ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat