91 maut puting beliung gergasi landa Oklahoma
SEBAHAGIAN rumah ranap selepas dimusnahkan puting beliung gergasi.- AP
|
Dalam kejadian bencana alam itu, 91 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera. Saiz puting beliung itu berukuran tiga kilometer lebar dan ia melalui kawasan bandar Moore di bandar Oklahoma sekali gus menyebabkan ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Seramai 20 daripada 91 orang yang terbunuh itu merupakan kanak-kanak.
Pusat Perkhidmatan dan Ramalan Kaji Cuaca Kebangsaan AS menyatakan,
puting beliung itu dikategorikan sebagai yang kedua paling bahaya dengan
kelajuan angin 320 kilometer sejam. Ia mengeluarkan amaran 16 minit sebelum puting beliung itu melanda Moore.
Seorang saksi, Jeff Alger, 34, berkata, dia dan isterinya termasuk
beberapa anak mereka melarikan diri dari Moore selepas mengetahui puting
beliung itu akan melanda. Menurutnya, dia melihat puting beliung itu mengganas beberapa kilometer dari sini. "Mereka (mangsa-mangsa) tidak sempat untuk memakai kasut," katanya yang mempunyai lima orang anak. Dia dan isterinya dirawat di hospital kerana terkena serpihan kaca.
Seorang lagi mangsa, Ninia Lay, 48, berkata, dia bersembunyi di dalam sebuah ruang ketika puting beliung melanda."Saya bersembunyi di dalam ruang itu dan mendengar seperti sebuah kereta api sedang bergerak," katanya. Rumah Lay ranap dimusnahkan puting beliung itu manakala dia tertimbus
dengan serpihan rumahnya selama dua jam sebelum diselamatkan oleh
suaminya dan beberapa anggota penyelamat. - Reuters
شركة نقل عفش بخميس مشيط
ReplyDeleteشركة نقل اثاث بابها
شركة نقل عفش بنجران
ِشركة نقل عفش بحائل
شركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بالباحة
شركة نقل عفش بينبع
دينا نقل عفش بابها
ReplyDeleteشركات نقل عفش واثاث بجدة
شركات نقل عفش بالطائف
اسعار وارقام شركات نقل العفش بالمدينة المنورة
دينا نقل عفش جدة ,افضل دينا
ارخص شركه نقل عفش بجده
دليل شركات نقل العفش بجدة
شركة نقل عفش برابغ ,15 عام خبرة
شركات نقل عفش واثاث بالباحه
وسائل نقل العفش بخميس مشيط
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة كشف تسربات بالدمام
شركة عزل اسطح بالدمام
شركة تسليك مجاري بالدمام
شركة تنظيف كنب بالدمام
شركة تنظيف مساجد بالدمام
شركة تنظيف سجاد بالدمام
شركة تنظيف خزانات بالدمام