Tanah Runtuh , 9 Kereta Tertimbus

9 kereta tertimbus tanah runtuh

  

Kelihatan beberapa kereta yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di ibu negara.
 
Sembilan kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Ampang berhadapan Stesen LRT Dang Wangi, kira-kira jam 7.05 malam semalam.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun seorang pemandu kenderaan nyaris tertimbus ketika cuba mengeluarkan keretanya. Mangsa M Logeswaran, 28, berkata, ketika dia tiba di tempat kejadian jam 7.45 malam, keretanya hanya tertimbus 40 peratus sebelum cuba mengeluarkan kenderaan itu bagi mengelak kerosakan lebih teruk.

 TANAH setinggi 25 meter runtuh dalam kejadian hujan lebat berhadapan Stesen LRT Dang Wangi.

Dia yang juga seorang jurutera berkata, ketika dia hendak mengeluarkan keretanya yang baru dibeli dua bulan lalu itu, dia terdengar bunyi kuat dan nampak tanah runtuh di hadapannya dan sempat melarikan diri ke kawasan selamat. “Saya nampak motosikal beberapa anggota polis yang sedang bertugas turut ditimbus tanah yang baru runtuh itu,” katanya.

Comments

  1. Syukur....Mujur tiada yg maut... Habis kereta! Insurance cover ke?

    ReplyDelete
  2. semalam balik, jln ampang mmg jammed teruk !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat